BAB 6

Family Completed 2995

" Yusoff... "

Aku tidak sempat menghalang Yusoff. Fikiranku sudah buntu. Apa lagi babak yang seterusnya. Aku tidak sanggup menanggung 'drama' lagi. Aku rebahkan badan ku ke sofa. Lutut terasa tidak bermaya lagi untuk menampung beratku. Mataku terpejam dengan rapatnya.

" Fatimah..."

Suara yang bergema di corong telingaku membuat mataku terbuka luas. Ayah ?

" Fatimah... "

" A.a.. ayah buat apa kat sini? "

" Ayah minta maaf, nak. "

" Err, ayah, Macam mana dengan syarikat ayah ? Dah pulih? "

" Fatimah, ayah dah dengar semuanya. Ayah menyesal kerana terlalu mempercayakan kata-kata Mahirah dulu. "

" Ayah.... Ayah tak salah. "

" Ayah bukan seorang ayah yang baik. Ayah banyak menyakitkan hati Fatimah. "

" Ayah ! Jangan cakap lagi! Fatimah tak nak dengar semua ni. "

" Ayah minta maaf, Fatimah. Ayah minta maaf. "

" Dahlah ayah. Yang lepas biarlah lepas. Fatimah dah lama maafkan ayah. Kita jangan bahaskan hal ini lagi. Mak Zu! Sediakan sarapan ayah, Fatimah nak mandi jap. Ada hal nak diuruskan kat luar nanti. "

" Baiklah Fatimah ! "

Bunyi kicauan burung dan rembesan air yang deras sangat mendamaikan. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kulit wajahku. Aku menarik nafas sedalam-dalam yang boleh. Segar. Perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan suasana disekeliling. Tubuhku berdiri tegak di hadapan villa yang tersergam indah. Binaanya sangat unik membuatku ingin tinggal di situ.

Tanganku mula menekan loceng di pintu pagar villa tersebut. Kehadiranku haruslah dimaklumkan dahulu walaupun kunci sudah berada dalam genggamanku. Tak nak diriku dianggap pencuri. Interkom yang melekat di dinding mengeluarkan suara.

" Ye, siapa di sana? "

" Emm, saya Fatimah Az-zahra, pegawai dari syarikat UF Home & Decor. "

" Oh, silakan. "

Sesaat kemudian, pintu pagar utama terbuka secara automatik menandakan kedatangan aku dialu-alukan di villa ini. Aku melangkah masuk ke perkarangan villa itu dengan perlahan. Mataku sibuk melihat keadaan sekeliling rumah itu. Cantik. Syurga idaman setiap wanita yang minat menanam bunga.

" Cik Fatimah Az-zahra suka? "

Lamunanku terhenti apabila mendengar namaku diseru. Mataku tertancap pada sesusuk tubuh tinggi lampai. Nampak santai, dengan memakai white V-neck shirt dan seluar pendek paras lutut. Badannya yang ketak itu jelas kelihatan disebabkan saiz bajunya yang hampir ketat.

" Cik Fatimah Az-zahra, suka ke tak? Jangan godakan saya, boleh? Tergoda pula saya nanti. "

Aku pantas mengagguk tanda suka. Tapi apabila otakku memproses lagi petah bicara Anaqi, mataku mencerlung geram, geram dengan ayat yang dilontarkan tadi. Anaqi hanya ketawa melihat diriku yang kelam-kabut menjawab pertanyaannye. Cis.

" Cik Fatimah, marilah masuk. Tapi, nak temankan abang pun boleh gak. "

Erkk, bila masa dia ni 'abang' aku??

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam villa itu, dahiku berkerut seribu. Banyak mata sedang memandang ke arah aku dan Anaqi. Aku kena punk'dke? Ada apa ni sebenarnya? Ada yang dah tersenyum-senyum pulak memandang aku. Ada tahi hidung ke kat wajah? Belum sempat aku bersuara, seorang wanita yang agak berumur memecah kesunyian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience