BAB 3

Romance Completed 628

Suara Aina Rufaidah memberi salam, mengejutkan Dina dari lenanya.
Roommate nya yang baru pulang dari tutorial itu tersenyum melihat Dina
yang masih mamai di katilnya.

“Dina dah makan?” Tanya Aina sambil meletakan fail nota dan buku-bukunya
di atas meja study. Tudung dan jubahnya ditanggalkan lalu digantung di
dalam almari.

Dina bingkas duduk.

“Belum.Tadi mengantuk sangat, malas nak pergi café.”

“Jom share nasi. Aina memang beli extra.”

Dina ke bilik air seketika kemudian kembali ke bilik dengan wajah yang
lebih segar. Rambut perangnya diikat tinggi.Dia terus duduk mengadap
pinggan nasi yang sudah dihidangkan Aina. Berselera mereka makan di
ruang kecil di antara dua buah katil mereka.

Selesai makan, Aina bersiap-siap untuk sembahyang Asar. Dina pula terus
ke meja study.Ada assignment yang perlu disiapkan. Dina termenung
seketika. Teringatkan seseorang. Wajah bersih yang tiba-tiba bermain di
ruang matanya. Dina meraup wajahnya.Seketika dia berpaling, memandang
Aina yang sedang mengadap arah kiblat. Aina yang sudah dua semester
menjadi roommatenya. Aina yang sangat kontras sikap peribadi
berbandingnya. Aina yang lemah lembut dan solehah. Yang sentiasa
bertudung labuh dan berjubah walau ke mana-mana. Yang sentiasa menjaga
sembahyang lima waktu dan konsisten dengan solat tahajudnya.

Dina pun tidak tahu mengapa dia boleh serasi dengan Aina meskipun gaya
hidup mereka berbeza bagai langit dan bumi. Dina Hazrinda tidak pernah
bertudung. Rambut perang semulajadinya tidak pernah ditutup dengan
tudung. Kalau ke mana-mana dia selesa dengan jeans dan blaus atau
t-shirt. Baju kurung pun hanya dipakai sewaktu menyambut hari raya atau
jika ada acara rasmi. Bukan sekadar tidak bertudung bahkan sembahyang
lima waktu pun tidak pernah dilaksanakan semenjak sekian lama. Sebab
itu, memang pelik bila dia boleh serasi berkongsi bilik dengan Anis.

Mungkin kerana Aina tidak pernah memandang rendah terhadap dirinya. Aina
yang sentiasa berbaik sangka dan sesekali menasihatkannya. Bagi Dina,
urusan agama adalah urusan peribadi masing-masing dan Aina juga tidak
pernah berceramah itu dan ini kepadanya. Namun jauh di sudut hari Dina,
sangat menyanjungi Aina yang nampak begitu sempurna di matanya.

“Siapalah lelaki bertuah dapat jadi suami Anis,” bisik hati Dina dan
sekilas jejaka berwajah bersih itu terlintas di fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience