BAB 8

Romance Completed 628

“Ala, tak apalah. Malam ni je Aina ponteng,” pujuk Dina.

Aina mengangguk setuju. Dina bingkas bangun mencapai tuala mandi.Aina
mengambil naskah Al Quran. Suaranya beralun perlahan membaca ayat-ayat
suci sementara menunggu masuknya waktu Isyak.

Hampir pukul sembilan malam waktu Dina dan Aina tiba di foodcourt
berhampiran kampus mereka. Setelah memesan makanan yang diinginkan, Dina
memerhati sekeliling sementara Aina membalas sms di telefon bimbitnya.
Ada wajah-wajah yang dikenalinya.

“Sejuknya malam ni,” Aina tiba-tiba bersuara.

“Siang tadi hujan lebat. Memanglah sejuk.”

“Cuti panjang kali ni, Dina nak pergi mana pulak? Melancong lagi?” Tanya
Anis.

“Entahlah. Rasa macam nak pergi Mekah,” balas Dina dengan nada bersahaja.

“Betul ke nak pergi Mekah?”

“Taklah. Saja je sebut. Aina nak buat apa cuti ni?”

Aina terdiam seketika. “Tak ada plan apa-apa setakat ni.”

“Emm…kalau Dina nak minta tolong, boleh tak? Time cuti nanti, Aina
tolong ajar Dina.”

“Ajar apa?”

“Ajar sembahyang. Ajar apa-apalah yang berkaitan dengan agama.”

Aina merenung wajah Dina seketika dan kemudiannya tersenyum ceria.

“Alhamdulillah. Boleh lah sangat.Sekarang pun boleh. Tak payah tunggu
cuti semester.”

“Kalau sekarang, nanti ganggu Aina. Final exam dah dekat,” balas Dina.

“Tak ganggu langsung. Mulai esok, kita boleh mulakan. Bukan nak buat
kelas formal pun. Sekadar nak refreshsemula ilmu-ilmu yang kita pernah
belajar.”

“Dah lama Dina teringin nak belajar sembahyang semula tapi malu nak
cakap kat Aina. Tapi rasanya macam tak boleh tangguh-tangguh lagi dah.”

Aina mengangguk.Sebenarnya Aina juga sudah lama mendoakan agar Allah
bukakan pintu hati Dina untuk menerima hidayah dan taufik Nya. Cuma doa
itu hanya rahsia antara Aina dan Tuhan.

Seketika, pandangan Dina tertumpu pada seseorang. Aina turut memandang
ke arah yang sama.

“Itu mamat yang Nani puja-puja tu,” bisik Dina. Kelibat Harith bersama
teman-temannya menarik perhatian Dina.

“Dina ada teman lelaki?”

Soalan Aina membuatkan Dina berpaling. Tidak disangkanya pertanyaan itu
akan keluar dari mulut Aina. Selama ini mereka memang tidak pernah
bercerita tentang hal seperibadi itu. Tambahan pula Aina memang jarang
bercerita tentang lelaki.

“Masa di matrikulasi, pernahlah couple sekejap. Tapi dah putus.”

“Kenapa putus?”

“Entahlah. Rasa bosan je. Dia suka nak kongkong Dina macam lah kita dah
kahwin dengan dia. Lagipun rasa macam tak ada apa yang seronok pun.”

“Maksudnya tak ada chemistry ya?”

“Yup, gitu kot. Orang kata kami pasangan sepadan. Tapi Dina rasa dia tu
membosankan,” gelak Dina.

“Sampai sekarang belum ada pengganti, ya?”Aina cuba meneka.

Dina mengangguk.“ Ada juga yang nak ngorat Dina tapi Dina tak layan.
Malaslah nak bercinta buat masa ni. Fokus belajar lagi baik. Aina pulak,
bila nak mulakan langkah pertama?” Tanya Dina sambil memandang ke arah
Harith yang sedang duduk tidak jauh dari mereka.

Makanan yang dipesan telah tiba dan Aina menjadikan itu alasan untuk
tidak menjawab pertanyaan Dina. Dia juga nampak Harith dan faham maksud
Dina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience