BAB 1

Romance Completed 628

Dina menapak perlahan menuju ke kereta yang di parkir berhampiran dewan
kuliah. Perut rasa berkeroncong dan dalam masa yang sama, matanya juga
menutut hak. Mahu tidur setelah malam tadi dia stay up untuk ulangkaji.

Pintu bahagian pemandu Satria Neo hitam milik Dina dibiar terbuka
seketika untuk mengurangkan bahang panas ruang dalamnya setelah
berjam-jam diparkir di bawah panas mentari. Sedang Dina berkira-kira
samada hendak ke cafeteria atau terus balik ke hostel, dia terpandang
sesusuk tubuh yang sedang berjalan dengan tenang. Mungkin juga baru
habis kuliah. Dina merenung seketika wajah bersih jejaka itu. Mungkin
rasa dirinya diperhatikan, si jejaka memandang ke arah Dina. Dengan
segera Dina menundukkan wajah dan masuk ke perut keretanya.

Dari cermin pandang belakang, Dina terus memerhatikan jejaka itu
menunggang motorsikalnya dan berlalu.

“Ishh…Tak malu betul aku ni. Mengendap anak teruna orang,” bisik Dina
sendiri sambil menggeleng.

Lagu “Beauty and the beat” mengiringi perjalanan pulang Dina. Dia
mengambil keputusan untuk menangguhkan makan demi melayan tuntutan mata
yang semakin memberat. Kereta dipandu perlahan menghala ke hostel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience