BAB 11

Romance Completed 628

Tiba-tiba Samsung di tangan Dina berbunyi, isyarat ada panggilan masuk.
Hatinya berdebar kencang bila melihat di skrin, tertera nama Harith.

“Assalamualaikum. Apakhabar?”

“Waalaikumussalam. Baik.”

“Ada hal nak cakap sikit. Straight to the point saja ya. Boleh tak
kalau minggu depan saya hantar keluarga masuk meminang Dina?”

Soalan Harith buatkan kan Dina hilang hilang kata-kata.

“Dina, dengar tak?”

“Ya dengar.”

“Boleh tak?”

“Boleh.”

“Terima kasih. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Dina rasakan dirinya bagai sedang bermimpi. Mengapa bukan Aina yang
dipilih Harith? ALLAH benar-benar telah makbulkan doanya.

“Sebab Dina tidak pernah melayan lelaki yang cuba mengorat Dina di
kampus. Sebab Dina nampak sedang berusaha untuk mendalami Islam. Dan
sebab Dina tidak pernah cuba menggoda saya walaupun ada peluang.”

Itu jawapan Harith menerusi sms setelah Dina bertanya, mengapa pilih dia
untuk jadi suri hidup lelaki itu. Jawapan yang buatkan Dina tersenyum
sendiri dan menunggu hari dia dihalalkan untuk bercinta dengan jejaka
berwajah bersih itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience