BAB 5

Romance Completed 628

“Are we muslims?

Pertanyaan Dina membuatkan mamanya tergamam.

“Of course. Kenapa tiba-tiba tanya soalan ni?”

“Lifestyle kita tak sama macam orang lain. Kita tak pernah sembahyang,”
keluh Dina.

“Mama tak pernah halang kalau Dina nak sembahyang, kan?”

“Yeah, I know tapi kita macam tak peduli pun tentang agama kita, right?
Sometimes I wonder, kita ni betul ke muslim.”

“Maybe we should talk about this later,” balas mamanya, cuba menutup
topik itu.

Dina diam. Dia teringatkan Aina. Peribadi Aina cukup untuk mengusik
fitrah bertuhan dalam diri Dina. Mengapa dia hidup bagaikan putus
hubungan dengan Tuhan walaupun tahu Tuhan itu wajib ada?

Dina tidak cuba memanjangkan isu itu. Cukuplah rasanya untuk dia luahkan
buat kali ini. Sebenarnya hatinya terasa kosong. Amat kosong. Sedangkan
dia memiliki segala-gala yang diinginkan. Ada rupa cantik, ada
kepandaian, ada kekayaan dan kasih sayang sepenuh hati dari mamanya.
Namun mengapa rasa kosong itu tetap ada di hatinya? Dulu dia beranggapan
mungkin kerana dia tiada teman lelaki. Tiada sesiapa yang melayaninya
sebagai seorang kekasih? Namun ketika dia couple dengan Zaharin dulu,
rasa kosong itu tetap hadir dan gagal di usir dari hatinya.

Cuma sejak berkongsi bilik dengan Aina, Dina mula memikirkan tentang
kemungkinan rasa kosong itu ada kaitannya dengan ALLAH. Dengan Tuhan
yang sudah sekian lama terpinggir dari kehidupannya. Mungkinkah?

Suasana riuh di biliknya, membuat Dina dapat meneka siapa yang menemani
Aina semasa ketiadaannya. Sebaik sahaja pintu bilik ditolak, Dina
terpandang wajah Suraya dan Hanani yang tersenyum.

“Dina dah balik. Bawak bekal apa dari rumah?”Spontan Hanani bertanya.

“Amboi, pasai makan, laju je tanya,” usik Suraya.

Dina senyum dan menghulurkan bekas-bekas makanan yang dibawanya.

“Ada cheese cake, nasi impit dan rendang.”

“Waaa, bestnya,” jerit Hanani.

Dina sudah terbiasa dengan kawan-kawan Aina itu.Biarpun mereka berlainan
fakulti, namun sikap mudah mesra Dina, mencambahkan hubungan baik antara
mereka.

Sambil makan, masing-masing riuh berbual. Hanya Aina yang akan tertawa
kecil bila keluar cerita-cerita lucu dari mulut Suraya. Hanani pula
pasti ketawa mengekek, langsung tak coverayu.

“Tadi bertembung lagi dengan mamat tu,” tiba-tiba Hanani bersuara.

“Mamat mana?”

“Mamat warak tu ler. Yang handsome tapi dingin tu. Aduhai, memang jejaka
idaman semalaya,” balas Hanani sambil membulatkan matanya.

“Oooo…Harith tu ye. Nasib baik fakulti lain. Kalau tak, tiap-tiap hari
Nani asyik follow dia merata. Dina mesti kenal, kan? Senior final year
kat fakulti kejuruteraan tu.”

“Ya Dina, takkan tak kenal?”

Pertanyaan Suraya dan Hanani buatkan Dina hampir tersedak. Segera dia
meneguk air utk memberi laluan selesa bagi cheese cake melepasi tekaknya.

“Harith tu tahu lah. Tapi tak biasa dengan dia. Lagipun dia senior,”
jawab Dina.

“Memangla tak ada budak perempuan yang biasa dengan dia. Dia bolayan je
kalau ada yang nak usha dia. Prinsip dia, tak ada cinta sebelum kahwin.
Susah nak tackle mamat tu. Kalau yang cun macam Dina pun dia tak
pandang, apatah lagi yang tak anggun macam Suraya ni,” sakat Hanani.

“Apa pulak nak kaitkan dengan aku. Ko yang minat sangat kat dia,” bantah
Suraya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience