BAB 2

Romance Completed 628

Harith terus kusyuk mengadap buku rujukan. Zaid yang meniarap di atas
katilnya terus menyelak helaian akhbar di hadapannya.

“Isteri cantik, suami handsome bercerai berai jugak. Suami kaya, isteri
pun popular, nampak bahagia tapi ke mahkamah syariah tuntut fasakh,”
bebel Zaid tiba-tiba.

Harith berpaling sekilas ke arah Zaid.

“Siapa bercerai?”

“Artis lah. Hari tu, time kahwin bukan main gempak majlisnya.Wedding of
the year. Kahwin tak sampai tiga tahun, gempak nak bercerai pulak. Dah
tak sehaluan dan tak sefahaman katanya.Walhal masa nak kahwin,
masing-masing cakap, inilah pilihan paling tepat untuk jadi teman hidup
kerana saling memahami. Ishh…tak faham betul aku,”balas Zaid.

“Bukan artis je macam tu. Yang bukan artis pun hadapi masalah yang sama.
Cuma tak lah masuk suratkhabar. Punca masalah, sebab masing-masing rasa
lebih pandai dari Tuhan.”

Ulasan Harith buat Zaid ternganga seketika.

“Bila pulak depa rasa depa lagi pandai dari Tuhan?”

“Ya lah, Tuhan dah siapkan guideline untuk selamat, kita tolak tepi.
Kita rasa kita lebih tahu camne nak catur hidup kita sendiri. Tuhan kata
jangan bercinta sebelum halal jadi suami isteri tapi kita rasa kalau tak
saling mengenali hati budi calon pasangan tu, macamana nak hidup
sekali.Itulah hasilnya. Bercerai berai.”

Zaid diam. Dia tahu, kalau dia berhujah balas, dia tetap akan kalah.
Lagipun dia juga sedang melakukan hal yang sama. Dia ada awek.

Zaid tahu, bukan dia seorang yang ada girlfriend malah hampir kesemua
siswa-siswi di kampus itu, ada buah hati masing-masing.Kesemua? Ok,
mungkin tak semua tapi sebilangan besar. Kalau yang tak couple pun
mungkin mereka yang tak cantik, tak handsome sebab tak laku. Atau
golongan yang kuat sikit pegangan agamanya macam Harith.Yang lain-lain
tu, sama sahaja macam Zaid. Termasuklah pelajar-pelajar di Fakulti
Pengajian Islam yang sepatutnya lebih arif tentang halal haram dalam agama.

Harith pernah juga sesekali mengingatkan Zaid supaya berhati-hati dengan
aweknya. Bimbang terbabas. Kata Harith, jodoh sudah tertulis. Tunggu
sahajalah sampai ketentuan Tuhan itu. Tuhan tahu siapa yang paling layak
untuk jadi pasangan hidup setiap hamba-hamba Nya.

Zaid tahu Tuhan yang tentukan jodoh namun hatinya yang sepi, bagaimana?
Perasaannya ingin disayangi dan menyayangi, takkan hendak dibiarkan
begitu sahaja? Itu hujah Zaid dalam hati tetapi tidak terkeluar di mulut
sebab rasa hormatnya pada Harith membuatkan dia malu untuk cakap merapu
begitu di hadapan Harith.

Harith kembali mengadap buku rujukan.Zaid meneruskan bacaan akhbar namun
fikirannya melayang.

“Betul ke aku sedang rasa diri aku lebih pandai dari Tuhan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience