BAB 10

Romance Completed 628

“Aina Rufaidah?”

Pertanyaan si jejaka buatkan hati Dina bagai dihiris sembilu. Dina
mengangguk.

“Eloklah baca buku-buku ni untuk tambah ilmu. Tapi elok cari guru.
Belajar agama kena ada guru mursyid. Kalau Dina nak, boleh saya
cadangkan tempat sesuai untuk belajar agama.”

Terpegun Dina bila namanya disebut jejaka itu. Sangkanya, si jejaka
tidak tahu kerana tidak pernah ambil pusing pun tentang kewujudannya
waktu di kampus.

“Memang lah nak sangat cari guru. Aina pun selalu sebut, kena ada guru.”

“Bagi nombor telefon, nanti saya sms maklumatnya. Kalau ada program
terdekat, saya inform.”

Itu pertemuan beberapa minggu lalu. Jejaka itu ada sms maklumat yang
dimaksudkan. Itupun hanya sekali sahaja Dina menerima sms darinya. Dina
juga hanya membalas dengan ucapan terima kasih. Malu untuk
berlebih-lebihan. Kepada Aina diceritakan tentang tempat pengajian agama
yang baru disertainya. Mulanya Aina begitu gembira, ceria suaranya di
corong telefon. Namun apabila diceritakan tentang jejaka yang memberikan
cadangan tempat pengajian itu, Aina terdiam seketika.

Dina dapat mengesan ada getaran pada suara Aina yang tiba-tiba meminta
diri, mengakhiri perbualan dengan alasan mahu segera angkat kain di
jemuran kerana hujan turun. Mungkin benar telahan Dina selama ini. Aina
sukakan Harith dan Harith lah yang didoakan Aina sebagai jodohnya.

Dina terduduk di katilnya.

“Aina, Dina juga doakan Harith itu jodoh Dina. Dina harapkan dia untuk
bimbing Dina jadi muslimah yang lebih baik,” bisik hati Dina.

Bagi Dina, pastilah Aina lebih layak untuk Harith namun dia tetap berdoa
agar ALLAH mahu memberikan jodoh sebaik Harith demi iman dan Islamnya.
Pertemuannya dengan Harith di kedai buku tempohari, bagai memberi
isyarat bahawa doanya bakal dimakbulkan ALLAH. Ya, Harith yang sentiasa
diintainya dari jauh sewaktu di kampus. Yang membantu menukar tayar
keretanya yang pancit. Harith yang tidak pernah memberi perhatian
istimewa pada dirinya ketika siswa-siswa lain, ramai yang cuba mengorat
Dina yang cantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience