BAB 7

Romance Completed 628

“Kau jangan sia-sia kan dia pula. Kena ambil tanggung jawab sepenuhnya.
Dan aku nak ingatkan kau, taubat sungguh-sungguh sebelum kahwin. Kalau
tak, nanti perkahwinan kau pun macam artis-artis tu. Sekejap sahaja dah
berkrisis. Allah hukum dosa bergaul bebas sebelum kahwin tu dengan
ditarik kemanisan berumah tangga. Hilang berkat.”

Zaid kembali berbaring. Ingatannya terus berputar pada peristiwa
semalam.Dia dicekup bersama Mira di sebuah hotel bajet. Pihak
pentadbiran HEP juga sudah memanggilnya untuk memberi amaran. Mira
menangis tersedu-sedu, menahan malu. Kalau mereka tidak dicekup, mungkin
malam itu, dia dan Mira terus hanyut.

Harith mengadap skrip laptop nya. Fikirannya turut menerawang.Terkejut
dia bila mendapat khabar Zaid dicekup penguatkuasa agama. Namun yang
lebih membuatkan hati Harith sedih kerana Zaid nyaris-nyaris berzina.
Kalau dah terlanjur, Mira mengandung anak luar nikah, apa pula
tindakannya nanti? Gugurkan atau buang bayi? Macam-macam masalah timbul
akibat hanyut dengan cinta sebelum nikah.

Harith tetap dengan prinsipnya. Tidak mungkin mahu jatuh cinta melainkan
kepada perempuan yang sudah sah halal menjadi miliknya nanti.

Dina berdiri menghadap Satria Neonya. Tayar belakang yang pancit
membuatkan Dina stress. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 6.30 petang
dan dia masih tersadai bersama keretanya di hadapan kedai buku itu.

“Assalamualaikum.”

Dina berpaling dan menjawab, “Waalaikumussalam.”

Dia terkejut melihatkan jejaka itu kini tegak di hadapannya.

“Tayar pancit ya? Nak saya bantu tukarkan tayar? Ada tayar spare?”

Soalan bertalu-talu dari jejaka itu hanya dijawab dengan anggukan. Si
jejaka pantas menghulurkan bantuan. Selesai menukar tayar baru, dia
terus berlalu.

“Terima kasih,” kata Dina separuh terjerit kerana jejaka itu sudah pun
bergerak menuju ke motorsikalnya. Si jejaka hanya mengangguk.

Tiba di kamar hostelnya, Dina menapak masuk perlahan kerana Aina sedang
sembahyang magrib. Dina berbaring di katilnya. Bagai ada perasaan halus
menyelinap ke seluruh hatinya bila mengenangkan riak wajah tenang jejaka
itu tatkala menawarkan bantuan.

“Dina pergi mana, lambat balik? Kata tutorial habis pukul 4.”

Sapaan lembut Aina memutuskan lamunan Dina.

“Pergi kedai buku. Pastu tayar kereta pancit. Mujur ada orang bantu
tukar tayar.”

Ooo. Malam ni ada study group tapi rasa macam tak larat lah. Kepala
sakit,” luah Aina.

“Dah makan ke? Kalau belum, jom keluar makan. Dina belanja.”

“Bahaya tu. Kalau Suraya dan Nani tahu, mesti kena bebel,” balas Aina
dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience