BAB 4

Romance Completed 628

Harith berdiri di tepi padang sambil melambai ke arah Zaid yang sedang
berlatih bolesepak bersama rakan-rakan pasukan kampus. Berlari Zaid
mendapatkan Harith.

“Apahal tetiba muncul kat padang ni?” Tanya Zaid dengan wajah
berpeluh-peluh.

“Aku tertinggal kunci dalam bilik. Dah tak boleh nak masuk. Pinjam kunci
kau jap,” balas Harith dengan senyuman.

Zaid berlari mendapat kunci yang disimpan di dalam beg sandangnya, yang
diletakkan di bangku penonton. Sebaik sahaja kunci bertukar tangan,
Harith segera pulang ke hostel. Ada urusan yang perlu dibereskan segera.
Sewaktu menaiki tangga ke biliknya di aras dua, dia terserempak dengan
Fuad yang sedang mencampak sekuntum bunga ros yang berbalut cantik
dengan ikatan reben.

“Aik, apasal campak bunga tu. Sayangnya buang bunga cantik tu,” usik Harith.

“Cantik pun tak ada maknanya.Orang tak sudi terima.”

“Kau bagi bunga kat junior aku tu? Kan aku dah cakap, dia memang jenis
tak layan lelaki. Buang karan aje,” kata Harith.

Fuad mencebik. Harith berlalu ke biliknya.

Hari minggu tiba lagi dan kali ini Dina pulang ke rumah di Cheras untuk
menjenguk mamanya.

“Hi sweetheart! Bila sampai?”sapa mama sebaik sahaja terpandang Dina
yang berbaring di sofa. Dia yang baru turun dari tingkat atas tidak
menjangka anak tunggalnya itu sudah berada di rumah.

“About an hour ago. Mama nak keluar ke?

“Ingat nak pergi Giant kejap. Nak cari barang dapur sikit. Jom ikut mama.”

Pelawaan mamanya segera disambut Dina. Bukan selalu dapat keluar berdua
dengan mama. Mereka sering sibuk dengan urusan masing-masing. Mamanya
dengan urusan bisnes dan Dina dengan pengajiannya. Mereka cuma ada satu
sama lain. Ayah Dina sudah meninggal waktu mereka masih menetap di
Sydney. Hanya setelah ketiadaan suami, baharulah mama Dina membawa Dina
kembali ke Malaysia. Lahirnya Dina di bumi kangaroo, berayahkan lelaki
kulit putih, warga Australia.

Sekalipun sudah lebih 10 tahun tahun menetap semula di Malaysia, mama
Dina tetap dengan cara hidup baratnya. Suka bersosial dan tidak langsung
mengambil berat soal agama. Maka tidak hairanlah jika Dina juga dewasa
sebagai seorang yang jahil. Dina tidak pernah kenal datuk nenek atau
saudara mara di sebelah mamanya kerana kata mama, keluarga membuangnya
kerana memilih untuk berkahwin dengan ayahnya. Meskipun ayah Dina
memeluk Islam namun keluarga neneknya tetap tidak boleh menerima
keputusan mamanya. Maka akhirnya mamanya memilih untuk terus tinggal di
Sydney tanpa pulang ke tanahair lagi. Sehinggalah ayah Dina meninggal.

“Fikir apa, termenung panjang?” tegur mamanya apabila menyedari Dina
membisu sepanjang jalan ke Giant.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience