Bab 27 - HARIS BUAT KECOH

Romance Completed 7622

Setelah kembali dari kampung Sara ceria.Asma pelik kenapa Sara berubah selepas pulang dari kampung.

"Sara saya tengok awak nie cam pelik je..tetiba happy lain macam je,kenapa?"

"Salah ke saya nak happy?"

"Tak salah...tapi pelik la, saya seronok awak dah happy macam nie.."

"Saya dah cerita semua tentang Haris pada bonda n ayah."

"Ye ke...apa reaksi dieorang?"

"Of course la mereka terkejut n sedih selama nie saya yang tanggung derita tue sorang²."

"Alhamdulillah...akhirnya bonda dan ayah awak dah tahu siapa yang betul siapa yang salah..tak ada la bonda awak nak pujuk awak suruh berbaik semula dengan si psiko tue.."

"Kan.."

Keesokkan harinya sewaktu Sara dan Asma berjalan masuk ke office..En.Zarul memanggil mereka berdua dan mengajak
mereka makan tengahari bersama..

"Sara...Asma tunggu jap."

"Ye...En.Zarul ada apa nie...macam cemas aje."

"Tak ada apa....cuma nak ajak uoll berdua lunch sama-sama nanti."

"Oooo....boleh je janji En.Zarul yang belanja."kata Asma sambil kenyit mata.

"Boleh aje...sayang." kata zarul sambil perkataan sayang di perlahankan supaya tiada orang lain yang dengar.

Seperti yang dijanjikan mereka bertiga menuju ke restoran yang selalu mereka makan.

"Ehh...Tuan Airel pun ada juga ke?"kata Asma

"Haah....saya rindu dekat buah hati saya nie."kata Airel sambil memandang ke arah Sara. Sara buat muka meluat bila dengar Airel kata begitu.

"Dah² jom duduk."kata Haris

Sementara tunggu makanan sampai mereka berbual tapi Sara memandang dekat luar, Dia terpandang seseorang...tiba lelaki tadi berpusing mandang Sara.

Sara terkejut..betul tekaan dia yang lelaki tue adalah Haris..Sara bangun dari kerusi, mereka bertiga terkejut melihat Sara tertiba bangun.

"Sara kenapa nie.?"

"Saya nak minta diri ke tandas sekejap.Asma jom ikut saya.."Sara tarik tangan Asma.

"Ha....haa yelah²"

"Aduh..sakit tangan saya,kenapa nie tergesa²?" pelik Asma bila tiba² Sara tarik tangan dia..

"Asma saya nampak Haris dekat luar..saya takut la dia buat kecoh dekat sini."

"Ye ke...aduii macam mana pula dia tahu awak ada dekat sini.."

"Saya rasa dia ikut kita la.."

Airel pelik kenapa lama sangat Sara dengan Asma pergi tandas.Tak lama kemudian mereka berdua kembali duduk di meja..

Sara memerhati sekeliling dia takut kalau haris tiba² muncul kacau mereka.

"Sara kenapa nie?gelisah je."Airel pelik dengan Sara.

"Tak ada ape..."Sara buat² senyum.

Setelah selesai mereka makan, Sara dan Asma keluar dulu dari restoran, mereka tunggu Airel dan Zarul di depan restoran...tiba² Haris muncul dan tarik tangan Sara.

"Ehhh...lepas la tangan saya...sakit lah." Sara meronta untuk lepaskan tangan dia.Asma tarik tangan kanan Sara.

"Kau ikut aku."

"Lepas la...buat apa saya nak ikut awak..lepas laa.."

"Kau nie dasar perempuan jalang...Dah ada suami pon masih keluar dengan lelaki lain."

"Ehhh...sorry kita dah lama bercerai okay..jangan nak perasan saya bukan isteri awak lagi...lepas la sakitt."

Airel nampak Sara kena tarik dengan lelaki laju dia jalan keluar dari restoran diikuti oleh Zarul di belakang

"Woiii...lepaskan tangan dia.!"pekik Airel

"Kau siapa? jangan nak sibuk nie hal rumah tangga aku dengan perempuan nie."

"Aku bakal suami Sara.! baik kau lepaskan tangan dia sebelum pecah muka kau aku tumbuk."

"Ada aku kisah...Sara nie milik aku, aku takkan bagi sesiapa ambil dari aku."

Airel hilang sabar bila tengok Sara dah menangis tahan sakit kena tarik dengan Haris..Laju tangan airel tumbuk muka Haris cepat² Zarul halang dia takut kalau Airel pukul lagi teruk..

Haris terjatuh dia bangun dan mahu membalas tumbukkan Airel tp dihalang oleh orang ramai yang ada di situ.

Sara pun tarik tangan Airel pergi dari situ, dia tak nak dieorang buat kecoh depan restoran tue lagi.

"Awak okay tak nie?" tanya Airel pada Sara...tapi sara hanya diamkan diri dia malu Airel dah tahu status dirinya janda.

"Sara saya tanya awak nie,awak okay ke tak nie?jom saya bawa awak pergi klinik."

" Saya okay je, cepat la balik office saya banyak kerja kena siapkan."Akhirnya Sara bersuara.

Airel pandang muka Sara,walaupun Sara pandang ke arah luar tingkap dia tahu Sara menangis...Sara memegang pegelangan tangan dia..

Airel membawa Sara ke klinik yang berdekatan dengan office..

#2/11/2021

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience