BAB 2 - KANTOI CURANG

Romance Completed 7622

Selepas 2 bulan mereka mendirikan rumah tangga Sara disahkan hamil 5 minggu..Sara dan mama Haris yang paling gembira bila dapat berita gembira itu.

Sara mencari idea untuk beri suprise kt suami tentang kandungan nya...lantas Sara menelifon suaminya tanpa bersyak sangka..

"Abang malam nie kita makan kat lua boleh tak?. "aku tanya kepada haris.

"Maaf la sayang..abang takut tak sempat nak balik awal malam nie banyak kerja tak siap lagi nie."

"Ooo...ye ke...tak pe la kalau gitu..abang siapkan lah kerja abang dulu."

"Ok sayang bye."

Haris letak telifon sambil Lara dalam dakapannya. Lara pon mencium pipi Haris tanpa segan silu..Haris mereka ayat menipu Sara..sedangkan dia bercerekarama dengan kekasih hatinya di dalam pejabat..

Sara letak telifon dengan keluhan..'baru nak bagi suprise tapi abang banyak kerja plk. 'tiba Sara dapat satu idea...

Sara pon segera masuk bilik tukar baju dan pakai tudung...Sara capai handbag dan kunci kereta lantas Sara pergi ke pejabat Haris...

20 minit perjalanan dari rumah ke pejabat Haris, Sara pon sampai di parking kereta..laju saja Sara berjalan menuju ke lif dan menekan punat ke tingkat 7 ...

Tak lama kemudian aku pon sampai di depan meja setiusaha Haris...

"Assalamualaikum...mira En Haris ada dalam bilik dia tak."

Mira pon menjawab salam sambil mengangkat muka dan dia terkejut melihat isteri bos nya ada di hadapan mejanya..

Tergagap² mira menjawab soalan Sara "A...ada...Puan Sara."

"Boleh saya masuk."

"Bo....boleh Puan."

Sara pon menjadi pelik tengok setiausaha suaminya itu...macam ada yang tak kena je...

Sara pon menuju ke bilik Haris...lantas Sara buka pintu tanpa syak apa yang pelik Sara pon duduk di sofa bilik Haris...

Tak lama kemudian Haris keluar dari tandas bersama kekasih hatinya sambil berpeluk pinggang dengan butang baju terbuka habis serta ada lipstik di kolar baju haris..Haris tidak perasan yang Sara ada di dalam bilik itu..Sara secara automatik berdiri dan memanggil Haris.

"Abangggg!!!....ape semua nie.?"

"Haris terkejut cepat² die lepaskan tangan dari pinggang kekasih hatinya."

Air mata sara laju mengalir tanpa tertahan..
Haris mendapatkan isterinya..dia memegang tangan isterinya..

"Sayang nie bukan seperti yang sayang nampak..dia client abang dia tumpang tandas abang tapi dia terjatuh dalam tandas...abang cuma tolong dia aje."

Haris mereka cerita untuk tutup kesalahan yang dibuat..Lara hanya memandang ke lantai dia tidak mengiyakan kata haris dan dia juga menidakkan kata haris...
Sara tarik tangan yang dipegang haris lantas laju dia keluar dari bilik haris tanpa pedulikan panggilan dri suaminya...Hati dia hancur dia berjalan bagaikan tak pijak lantai...

Haris berlari mendapatkan isterinya tapi dia terlambat pintu lif sudah tertutup rapat...Haris hanya meraut muka dia dan menuju semula ke bilik pejabatnya...

Semua staff di pejabatnya sudah selalu melihat kekasih Haris datang ke pejabat dan keluar dari pejabat dengan berpelukkan...

Sara berjalan ke arah kereta dengan iringan air mata.. Dia buka kunci kereta dan menghempas badan di dalam kereta..dia menangis sekuat hati..

Dia tidak sangka suami yang dia sanjung dan sayangi curang dibelakangnya...Sebelum nie ada kawan dia bagitahu yang pernah nampak Haris dengan perempuan lain berpelukkan tapi dia tidak percaya...

Dia tak nak bersangka buruk dengan suaminya..dia anggap kawannya tersalah pandang...tapi sekarang Allah tunjuk kebenarannya...

Sara memandu dengan laju menuju ke rumahnya...sampai saja dirumah Sara berlari masuk ke bilik dia menangis sambil terbaring diatas katil..Haris balik dan dia pon memujuk isterinya

"Sayang abang tak buat apa² dengan perempuan tue."

"Sayang itu semua bukan yang sayang nampak."

"Sayang percaya kan abang."Sara hanya diam tanpa sebarang kata.

"Sayang tolong percaya kan abang."Haris berkata sambil memegang tangan Sara..

Lantas Sara menarik tangannya dari pegangan Haris,dia berdiri dan Haris pon ikut berdiri...

"Abang kata abang tak buat apa² dengan perempuan tue!"

'"Ini apa abang?"sara tunding jari di kolar baju Haris dengan linangan air mata.

"Kan abang dah cakap dia nk terjatuh dalam tandas..tue yang dia tercium kat kolar leher abang."

"Boleh pulak yek dia tercium dan terbuka butang baju abang sampai habis." dengan nada tinggi Sara bercakap dengan suaminya tanpa disedari Haris telah menampar pipi Sara dan dia terjatuh ke lantai..

Sara mengaduh sakit sambil memegang bawah perutnya...

"Arghh....sakitt!!!"

Haris memandang ke arah kaki Sara dan dia ternampak darah mengalir dikaki isterinya..lantas dia pon cangkung dapatkan isterinya..

"Ya Allah....sayangg."

"Aarrghhh....abang sakitttt!!"

Kemudian Haris cepat mengangkat isterinya dan menuju ke kereta...Sara hanya mengerang kesakitan.

Haris laju masuk ke tempat duduk pemandu dan memandu dengan laju menuju ke hospital.

#tq sudi baca
#cer komen cikit..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience