BAB 22 - IBU AYAH SARA

Romance Completed 7617

Ibu bapa Sara menubuhkan sebuah rumah anak yatim yang bernama 'RUMAH ANAK YATIM SARA' semperna kelahiran Sara.

Selepas 2 bulan habis pantang ibu bapa Sara kena pergi ke bandar untuk uruskan masalah dengan bank. Sara ditinggalkan bersama bonda Lisa. Sara menangis tanpa henti macam dia tahu yang dia akan di tinggalkan seorang diri dalam dunia ini.

"Ya Allah...sayang jangan la menangis."bonda puas memujuk Sara.

"Kenapa nie bonda?"tanya kak Siah pelik dengar tangisan Sara tanpa henti.

"Tah lah...nak kata dia kembung tak juga bonda dah sapu ubat kat perut dia, susu pon dah habis minum."

"Ke dia nak tidur tak?"

"Ye lah kot...bonda dodoikan Sara yek."

"La ilah hailallah..La ilah hailallah...tidur pon lega bonda."ujar kak Siah.

Baru saja bonda nak letak kat atas tilam Sara kembali menangis tanpa henti. Tiba telifon bonda berbunyi kak Siah mengambil Sara dari dokongan bonda dan mendodoi Sara.

"Assalamualaikum...boleh saya bercakap dengan keluarga En Razali dan Puan Umi Kalsum."

"Waalaikumsalam...ye saya kakak angkat kepada Umi Kalsum.Ada apa yek encik?"

"Saya dari pihak hospital ingin memberitahu yang mereka berdua terlibat dalam kemalangan...mengakibatkan kedua² mereka meninggal dunia di tempat kejadian.."

"Ya Allah.."

"Harap Puan dapat bersabar. Minta pihak Puan dapat datang untuk membawa balik kedua jenazah tersebut."

"Baik terima kasih Encik."

Bonda Lisa menangis sambil memandang ke arah Sara yang berada dalam dokongan kak Siah.

"Kenapa nie bonda?siapa telifon. kenapa bonda nangis?"

"Ibu ayah Sara terbabit dalam kemalangan mereka berdua meninggal di tempat kejadian."

"Ya Allah bonda..kesiannya dengan Sara.patut dia menangis tak berenti rupanya dia tahu yang ibu ayahnya akan tinggalkan dia."

Sara baru saja terlena dari menangis. Sejak dari kejadian itu Sara di besarkan oleh bonda di rumah anak yatim itu.

Sara dah anggap yang bonda Lisa sebagai ibunya segala masalah dia cerita dengan bonda Lisa. Semasa dia sekolah ramai kawan² mengejek Sara mengatakan dia anak luar nikah sebab dah tak ada mak ayah.

"Bonda betul ke Sara nie anak luar nikah macam dieorang cakapkan?"

"Ya Allah siapa yang cakap macam tue? tak Sara ada ibu ayah tapi sayangnya Allah lebih sayangkan mereka berdua."

"Kenapa dieorang cakap Sara nie anak luar nikah. Sara malu lah bonda. Sara tak nak pergi sekolah dah bonda."

"Mana boleh macam tue sayang. Kalau tak pergi sekolah macam mana Sara nak bantu RUMAH ANAK YATIM SARA nie."

"Tapi Sara malu la bonda."

"Bonda tahu anak bonda nie kuat dan sabar orangnya. Sara jangan layan dan dengar yang mereka cakapkan...mereka tue sebenarnya dengki dengan Sara."

"Kann bonda.."

'Ya Allah Kau kuat dan tabahkan lah hati anak kecil nie untuk mengharungi segala masalah yang bakal dia hadapi.' Bonda berdoa dalam hati.

#Tq sudi baca
#25/11/2020

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience