BAB 24 - HARIS GUNA BONDA PUJUK SARA

Romance Completed 7622

Sara pergi kerja macam biasa. Sekarang dia dah miliki sebuah kereta Myvi, dengan kereta tue dia berulang alik kerja dengan Asma.

Selepas saja Sara bercerai dengan Haris dia jarang balik ke Melaka. Bonda sangat marahksn Sara sebab ambil keputusan untuk bercerai dengan Haris. Sara sedikit pon tidak cerita keburukan Haris kepada Bonda.

Tapi Haris sebaliknya, Haris cerita dekat bonda yang Sara curang dengannya...sampai sanggup minta cerai darinya.

"Ye Bonda Haris dah puas pujuk Sara supaya jangan berkawan dengan lelaki tue. Tapi Sara tak nak dengar Haris cakap."

"Ya Allah apa nak jadi la dengan Sara. Bonda didik dia cukup dengan ilmu dunia akhirat, kenapa nak kejar lelaki lain sedangkan suami dah cukup sempurna."

"Tak apa nanti bonda slow talk dengan Sara. Haris balik la dulu yek."

"Baik lah Bonda terima kasih..tolong yek Bonda Haris masih sayangkan Sara."

"InsyaAllah..Bonda tolong mana yang Bonda mampu."

Sara dapat tahu yang Haris mereka cerita yang mengatakan Sara curang kepadanya...

Bonda lebih percayakan Haris dari dirinya sendiri. Itu lagi membuatkan Sara benci kepada Haris.

Sara pernah cuba untuk menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada hubungan dia dengan Haris tapi dia tahu bonda tak akan percayakan kata² nya...

#Tq baca
#26/11/2020

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience