Sara mengintai disebalik langsir didalam biliknya. Dia perasan sejak dia balik tadi kereta tue ada didepan rumah sewanya. Asma masih belum balik dari keluar dengan Zarul.
"Aduh...mana Asma nie? kenapa lama sangat keluar? cepat la balik saya takut nie." Sara lepaskan langsir yang dipegang dan menuju ke katil. Sara berkira-kira nak telifon Asma.
Sara terdengar pagar rumahnya terbuka cepat² dia bangun dan mengintai. Asma sedang buka pintu pagar sambil dia melambai ke arah Zarul.
Sara pon turun ke bawah. Baru ada kekuatan untuk dia turun ke ruang tamu. Dia takut sepanjang berada seorang dalam rumah.
"Lambat nya awak balik. tadi awak sampai ada lagi tak kereta warna putih kat depan pagar?"Tanya Sara dia ingin tahu.
"Dah tak ada dah. Kenapa Sara awak nampak pucat aje nie.?"
"Tadi lepas Tuan Airel hantar saya balik, saya nampak ada kereta putih berenti dekat depan pagar. Lama kereta tue berada disitu."
"Lah kenapa tak telifon saya tadi?"
"Saya tak nak ganggu awak dating."
"Ngada lah awak nie..Lain kali terus telifon saya tau. Jangan nak biar aje. kalau takut sangat telifon aje polis."
"Hemmm." Sara dia tahu tue memang Haris tapi dia tak nak bagitahu Asma. Asma masih belum tahu yang Haris sudah tahu Sara berkerja dimana dan tinggal dimana.
________________________
Selepas saja Airel hantar Sara balik. Dia pon menuju ke rumah Mamanya. Airel seorang ahli perniagaan kereta² mewah sejak papanya meninggal Airel ambil alih perniagaan yang papanya tinggalkan.
Airel anak kedua kepada Tan Sri Aiman dan Puan Sri Ainun. Abang kepada Airel iaitu Mohd Aidil Zafran berkerja sendiri dia tak berminat kepada bisnes yang papanya jalankan.
Semenjak papa Airel meninggal Puan Sri Ainun lebih suka tinggal dengan Airel. kadang² dia akan duduk dengan Aidil juga tapi Puan Sri Ainun kurang senang dengan menantunya yang sombong.
"Assalamualikum mama."
"Waalaikumsalam.. Masuk Airel, lambatnya balik keluar dengan Zarul ke?"
"Tak la mama, Zarul dia keluar dengan buah hati dia."
"Habis anak mama nie keluar dengan sape? keluar dengan buah hati jugak ke?"
"Ishhh..mama nie tak ada lah dengan kawan je."
"Ye lah tue. Nie Airel dah makan belum? nak mama panas kan lauk ke?"
"Tak payah mama Airel dah makan dengan kawan tadi."
"Airel naik ke bilik dulu mama."
"Baik lah.." Puan Sri Ainun hanya melihat langkah anaknya sampai hilang dari pandangan matanya.
Puan Sri Ainun tahu anaknya sudah jumpa pilihan hatinya cuma dia tak nak memaksa anaknya berkahwin.
"Abang anak kita dah semakin besar dah abang. Cepat betul masa berlalu." Kata Puan Sri Ainun sambil mengalir airmata teringat arwah suaminya.
Sebaik saja masuk ke dalam bilik Airel rebahkan diri diatas tilam sambil memandang ke arah siling. Terlayar muka Sara yang comel bila marah, bila dia tahu yang Airel tak jadi hantar dia terus balik ke rumah.
'Sara awak buat saya gila bayang dekat awak.'
Airel berkata sendiri dengan senyuman terukir dibibirnya.
Airel suka perwatakan Sara yang lemah lembut. Bila tersenyum terserlah lesung pipit kedua-dua belah pipinya. Dia tak kira macam mana pon dia akan cuba pikat Sara dan jadikan Sara suri hatinya.
#tq sudi baca
#24/11/2020
Share this novel