BAB 18 - TEMPAT KERJA

Romance Completed 7617

Cuti hati minggu Sara tak keluar, dia takut kalau terjumpa dengan Haris. Dia seboleh² tak nak jumpa Haris.

Haris bukan saja cari Sara di rumah sewanya, di tempat kerja Sara pon dia pergi.

"Assalamulaikum..Encik boleh saya tahu ada tak nama Umi Maisarah Binti Razali bekerja disini?" tanya Haris kepada Pak jalil security yang bertugas tengahari tue.

"Waalaikumsalam..Saya tak tahu nama tue tapi kalau Cik Sara saya kenal la."kata Pak Jalil tue kepada dia sambil bersalam dengan Haris.

"Ooo...kalau perempuan nie Encik kenal tak?" Haris mengeluarkan telifon dari kocek seluar dan menekan aplikasi photo dan tunjuk gambar Sara kepada Pak jalil.

Pak Jalil terpandang ke arah belakang Haris dan ternampak Sara melambai lambai tangan sambil menggeleng kepala suruh Pak Jalil cakap tak kenal.

"Maaf la Encik saya tak kenal la perempuan nie."Kata pak Jalil dengan nada selamba.

"Ohhh...ye ke tak apa lah Encik terima kasih." Haris bersalam dengan pak Jalil dan dia pon beredar dari situ.

Sara menyorok di sebalik dinding mengintai untuk tengok Haris dah pergi ke belum.

"Nie kenapa dok nyorok kat belakang dinding nie? " Tegur zarul sambil dia pon dok intai apa yang Sara tengok.

"Oo..mak kau balik. Ishhh Encik Zarul nie terkejut saya." Sara mengurut dada sambil menegakkan badan dia.

"Tengok apa tue beria sangat intainya? intai pak Jalil ke?" Zarul saja mengusik Sara sambil mengangkat keningnya.

"Ehhh...mana ada En Zarul nie, Buat apa saya nak intai pak Jalil. Dari saya intai pak Jalil baik saya intai En Zarul." Sara tersenyum bila dia menekankan pekataan En Zarul tue.

'Padan muka tau pon merah muka tue malu. Nak sangat kan.' sara berkata dalam hati sambil tersenyum jalan menuju ke lif.

"Hai..kenapa senyum sensorang nie? teringat dekat pakwe ke?"Airel tegur sambil berdiri disebelah Sara.

"Ehh.. Tuan Airel.. dok ehh saya teringatkan Tuan Airel la." Sara saja menekankan 'Tuan Airel' niat ingin perli alik² dia pula kena perli.

"Bangganya saya ada juga orang teringat kat saya." Kata Airel sambil tersenyum manis memandang ke arah Sara.

"Hemmm..." Sara menjuih mulut nya bila dengar Airel kata begitu.

"Zarul dah masuk ofis belom.? Pagi tadi saya call dia ada meeting di luar. " Airel bertanya dia tak lepas pandang, memandang ke arah Sara.

"Dah dia dah masuk dah." Sara rasa tidak selesa bila Airel memandang ke arahnya.

"Petang nanti saya hantar awak balik boleh?" Airel bertanya sambil melangkah masuk ke dalam lif.

"Hah...Tak apa lah Tuan Airel, saya boleh naik Grab aje." Sara menolak pelawaan Airel.

"Bahaya lah perempuan balik naik grab, tak apa petang nanti saya tunggu kat bawah nie." Airel saja mengunakan ayat gitu.

"Tak apa saya dah biasa naik grab." Sara menolak lagi pelawaan Airel.

"Jangan degil boleh tak?" Airel saja meninggikan suara tapi dalam senyuman bila dia tengok Sara tak selesa.

"Baik lah Tuan Airel." Nak tak nak Sara terpaksa juga setuju.

Petang seperti yang di janjikan Airel sudah menunggu Sara di depan luar lobi syarikat. Airel bersandar di pintu sebelah penumpang.

Sara menuju ke arah Airel. Dia segan, dia mengajak Asma untuk balik sekali tapi malangnya Asma menolak dia ada temujanji dengan En Zarul.

Tanpa Sara sedar ada mata lain sedang memerhati dia dari jauh. Haris pandang ke arah Sara dengan muka marah dia pukul stereng kereta, dia tak sangka yang Sara dah jumpa peganti dia.

#Terima kasih sudi baca.
#Boleh bagi komen sikit
#24/11/2020

Hampir setahun baru update balik novel bahagia yang dicari...maaf la yek pembaca semua..ade masalah family sikit...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience