BAB 23 - BONDA DAN AYAH ANGKAT

Romance Completed 7617

Bonda Lisa dapat satu surat yang mengatakan yang tanah itu kerajaan nak ambil balik. Penghuni RUMAH ANAK YATIM SARA terpaksa pindah secepat yang mungkin.

Bonda banyak termenung memikirkan masalah nie.dengan masalah kewangan tidak mencukupi jadi terpaksalah RUMAH ANAK YATIM SARA ditutup. Kanak² yang ada terpaksa bonda hantar ke rumah anak yatim lain di bandar.

Berat hati bonda nak berpisah dengan kanak² tersebut termasuk lah Sara tapi dia terpaksa dia juga tak cukup kewangan untuk menyara kanak² lain.

"Bonda jangan tinggal Sara kat sini. Bonda tak sayang Sara dah ke?"

"Ya Allah sayang...Bonda sayang semua anak² bonda tapi bonda terpaksa sayang."

"Sampai hati bonda nak tinggalkan Sara kat sini."

"Bonda janji nanti tiap² minggu bonda datang melawat Sara dan yang lain²."

"Tak nak Sara nak ikut bonda. Bonda bawak lah Sara."

"Tak boleh sayang. Bonda pergi dulu."

"Bondaa!!! Jangan tinggalkan Sara."

Semenjak hari tue Sara demam. Dah bawak pergi klinik pon demam masih tak kebah. Pengetua RUMAH ANAK YATIM AZ ZARAH telifon bonda.

"Assalamualikum...Puan Lisa ."

"Waalaikumsalam...ye saya pengetua."

"Sara demam dah hampir seminggu. Dia asyik sebut nama Puan Lisa je."

"Ya Allah...anak aku...baik lah nanti saya datang melawat."

"Baik Puan."

Selepas saja bonda berenti kerja jadi pengetua di RUMAH ANAK YATIM SARA bonda berkahwin dengan seorang duda anak satu dan bonda tinggal jauh di bandar Melaka.

"Assalamualaikum...abang Lisa nak ke Kuala Lumpur abang."

"Waalaikumsalam...kenapa Lisa? Nak buat apa pergi Kuala Lumpur?"

"Saya nak jumpa Sara abang. Sara demam dah hampir seminggu abang. Saya risau lah."

"Tunggu abang balik sekarang."

"Ehhh tak apa lah abang Lisa boleh drive sendiri."

"Mana boleh Lisa kan berbadan dua tue. Tunggu abang kita pergi sama²."

"Baiklah abang."

Suami bonda Lisa seorang bisnesman dia menjalankan perniagaan percetakkan iklan. Sebelum kahwin dia dah tahu yang Sara nie anak angkat kepada bonda Lisa.

"Lisa dah bagitahu ke pengetua yang kita nak datang hari nie?"

"Dah abang."

Tak lama kemudian telifon Bonda Lisa berbunyi.

"Assalamualaikum..Ye pengetua saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kenapa Pengetua?"

"Waalaikumsalam..Sara kami terpaksa bawak ke hospital tetiba dia rebah waktu nak ambil air sembahyang tadi."

"Ya Allah..baik pengetua saya terus ke sana." bonda pon putus kan talian mengalir air mata Bonda bila dengar Sara terpaksa dimasukkan wad.

"Heii...kenapa nie?"

"Abang Sara dikejarkan ke hospital..dia pengsan masa nak ambil air sembahyang."

"Ya Allah...hospital mana?"

"Hospital PPUM."

"Sabar sayang kena ingat sayang mengandung tak boleh stress. bahaya untuk kandungan tue."

"Ye abang."

Sebaik saja sampai di parking hospital PPUM Bonda Lisa laju aje berjalan menuju ke wad kanak².

"Nurse boleh saya tahu pesakit Umi Maisarah bin Razali katil nombor berapa ye."
"Ohh..kejap ye Puan saya check. Emm katil nombor 15 puan."

"Terima kasih nurse."

Bonda Lisa dan suaminya laju menuju ke katil nombor 15. Sebaik saja sampai Bonda Lisa peluk dan cium pipi dan dahi Sara.

"Sara Bonda datang nie sayang." sambil bonda lisa mengusap kepala Sara.

"Bonda..Sara rindu Bonda."

"Ye...ye Bonda ada nie sayang..Bonda janji Bonda takkan tinggalkan Sara lagi." Sara tersenyum lemah bila dengar suara bonda kata begitu.

Selepas saja Sara keluar dari hospital bonda buat surat pengambilan anak angkat. Bonda minta kebenaran dari suaminya untuk jadikan Sara sebagai anak angkat. Sara mengikut Bonda balik ke Melaka.

Sepanjang Sara duduk bersama Bonda Lisa dan ayah Lan mereka menjaga Sara bagaikan anak sendiri.

#keluarga angkat..
#24/12/2019

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience