Bab 28 - AIREL MELAMAR SARA MENJADI ISTERI

Romance Completed 7617

Semenjak peristiwa yang berlaku di restoran itu Sara jadi takut untuk keluar seorang diri...setiap kali dia ingin keluar dia akan ajak Asma untuk menemaninya.

Setiap hari juga Haris datang ke parking kereta dan rumah sewa Sara dan kacau Sara.. Sara ambil keputusan untuk berhenti kerja dan balik ke rumah bonda dan ayah angkat nya.

Tapi di halang oleh Airel.Airel sudah mula jatuh cinta dan sukakan Sara sejak pertama kali berjumpa di chalet milik ayah Asma.

" Sara saya tidak boleh terima surat perletakkan jawatan awak nie."

" Kenapa pula?saya nak balik kampung saya nak jaga bonda dan ayah saya."

" Alasan yang tak munasabah untuk awak berhenti kerja... saya tak boleh."

" Tuan Airel tolonglah faham situasi saya sekarang..saya tak aman nak kerja dan tinggal disini lagi."

" Kenapa?sebab bekas suami awak tue ke awak ambil keputusan berhenti kerja."

" Bukan sebab dia saja..tapi saya kesiankan bonda dan ayah tiada orang jaga mereka disana."

" Kenapa sekarang baru awak rasa macam tue..Sara biar saya terus terang dengan awak saya tak nak awak berhenti kerja sebab saya dah mula cinta dan sayang dekat awak."

" Tuan Airel saya janda, Tuan tak malu ke nak bercinta dengan janda macam saya. Tuan boleh dapat perempuan yang lagi baik dan bagus dari saya."

" Saya tak kisah status awak janda atau apa. Saya dah jatuh hati pada awak dari hari kita jumpa di chalet keluarga Asma."

" Saya mahu mengambil awak sebagai isteri saya, saya harap awak tidak menolak permintaan saya dan saya berjanji akan jaga awak dengan baik."

" Saya takut dan serik untuk berkahwin lagi, saya takut nanti Tuan Airel pon sama dengan ex saya."

" Jangan samakan saya dengan dia, saya betul² ikhlas sayang dan cintakan awak Sara."

Sara terdiam bila dengar apa yang diperkatakan oleh Airel.Perasaan takut berkahwin lagi masih meninggi dalam diri Sara.

" Sara saya mahu berjumpa dengan bonda dan ayah awak. Saya akan buktikan yang saya betul² mahu peristerikan awak."

" Esok awak bawa saya balik kampung awak,saya akan bawa mummy dan daddy saya jumpa keluarga awak."

" Kenapa perlu secepat itu, bagi saya masa untuk fikirkan dulu."

" Awak nak ke ex awak datang ganggu awak setiap hari, selagi awak tak kahwin selagi itu dia akan datang kacau hidup awak."

" Tuan bagi saya sehari lagi untuk saya fikir sedalam² nya dan saya janji akan beri keputusan keesokkan harinya."

" Okay baik saya bagi awak satu hari, saya harap awak terima la lamaran saya nie."

Sara minta keluar dari bilik Tuan Airel dan die menuju ke surau memandangkan sudah masuk waktu zohor.

Sara berfikir kepalanya jadi sakit dan sara terlelap didalam surau. Asma mencari Sara tapi tak jumpa.

" Mana pula perginya si Sara nie."omel Asma sendirian.

" Asma awak cari siapa?" tanya Airel pada Asma.

" Saya cari Sara Tuan Airel, dari tadi lepas lunch saya langsung tak nampak dia."

" Awak dah cari dekat tandas, pantri."

" Dah...tak ada pon dia, ishh risau saya Tuan Airel saya takut bekas suami dia culik dia aje."

" Isshh...mulut awak nie Asma, dalam surau awak dah cari?"

" Haa...dalam surau je saya belum cari dia"

Asma dan Airel laju berjalan menuju ke surau perempuan. Asma ternampak kasut Sara ada dirak kasut.

" La dekat sini dia ye."

Asma pon masuk dia gerak Sara tapi tiada respon dari Sara, dia pon lari keluar panggil Airel.

" Tuan Airel Sara pengsan."

"Haaa...ye ke..."

Airel laju menanggalkan kasut dan berlari ke dalam surau perempuan, selamat waktu otu tiada jemaah perempuan yang lain berada disitu.

Airel angkat kepala Sara dan letak diatas ribanya.Dia menepuk pelahan pipi Sara sambil memanggil nama Sara.

Tiada respon dari Sara dan Airel arahkan Asma memakaikan Sara tudung dan dia menggangkat Sara dan membawa ke klinik terdekat.

Sara hanya mengalami demam dan kepenatan, Sara tidur tidak cukup sebab memikirkan tentang Haris yang selalu ganggu hidup dia.

# 3/11/2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience