BAB 21 - GILA TALAK

Romance Completed 7617

Haris sudah tahu yang Sara tinggal di alamat yang dia dapat dari adiknya itu. Dia selalu datang selepas Sara balik kerja dan memanggil- manggil nama Sara.

Semenjak dari hari tue Haris selalu datang ke pejabat Sara. Sara terpaksa bersemuka dengan Haris dia tak nak Haris buat kecoh di tempat kerja nya.

"Awak nak apa lagi hah.? kita dah tak ada apa² hubungan kenapa awak masih nak kacau hidup saya!!" Sara bawa Haris ke parking kereta dia tidak dapat tahan lagi bila Haris nak buat kacau.

Marah dia hilang sabar bila hari² Haris datang buat kacau bukan saja di rumah sewanya.

Haris cuba untuk pegang tangan Sara. Cepat² Sara larikan tangan nya.

"Nie apahal pula nak pegang² tangan saya. Kita bukan muhrim lagi. Sudah lah Haris balik la dekat isteri awak tue."

"Kesian kat....ehhh lupa pulak nama dia...Lydia kan? Pergi la balik sanggup awak buat dia macam tue sedangkan dia mengandungkan anak awak."

"Tak Sara abang takkan balik selagi Sara tak ikut abang balik sama."

"Ehh..ehh awak lupa ke kita nie dah bercerai kan..Buat apa lagi saya nak ikut awak..awak nie gila talak ke apa?"

"Abang tak kisah Sara nak cakap apa pun abang tetap nak Sara ikut abang balik KL..kita rujuk balik.."

"Saya dah kata saya tak nak kat awak tak faham lagi ke? cinta dan sayang saya untuk awak dah lama terpadam sejak awak lafazkan cerai kepada saya.!"

"Tak Sara abang tahu Sara masih cinta dan sayangkan abang..Kalau tak Sara tak jumpa abang sekarang nie."

"Ishhh....jenis tak faham bahasa betul la dia nie."
Sara mula naik marah bila bercakap dengan orang gila talak macam Haris.

"Kalau saya tak jumpa awak sekarang kompom hari² awak buat kacau kat pejabat dan rumah saya. Dah lah Haris awak balik la ke pangkuan isteri awak. Saya takkan rujuk balik dengan awak."

"Sara tolong lah maafkan kesalahan abang selama nie.. tolong lah rujuk balik dengan abang.."

"Dah lah tak guna saya cakap dengan orang macam awak nie.! Buat habis air liur saya aje." Sara mula melangkah meninggalkan Haris disitu.

"Sara kau dengar sini. Kalau aku tak dapat kau orang lain pon takkan dapat kau Sara. Sara!!!"

Sara berlalu pergi ke pejabatnya semula. Haris menjerit² memanggil namanya tapi Sara buat tak tahu dia malas nak layan.
. .

Zarul dari jauh hanya memerhati apa yang Sara dan lelaki tue bualkan. Zarul teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam pejabat apabila dia nampak Sara sedang memarahi lelaki tersebut.

Zarul tidak tahu yang Itu bekas suami kepada Sara hanya Asma seorang tahu Sara pernah berkahwin dan bercerai. Dalam resume kerja Sara menulis status masih single.

Apabila Sara semakin menghampiri dia cepat² dia berjalan seperti tidak nampak apa yang berlaku tadi.

"Assalamualaikum...morning Sara." Zarul menyapa Sara dulu, dia melihat mata Sara yang basah dek air mata.

Cepat² Sara berpaling mengelap air mata yang ada mata dan dipipinya, baru dia menjawab salam yang Zarul berikan.

"Waalaikumsalam..morning En. Zarul."

"Awak menangis ke Sara? Kenapa nie?" Tanya Zarul pelik tak pernah dia melihat Sara macam tue monyok dan tiada senyum bibir munggil Sara.

"Hah..ehh mana ada saya nangis En Zarul mata saya masuk habuk tadi." Sara menjawab sambil memandang ke arah lain. Dia segan bila Zarul nampak dia menangis.

"Siapa lelaki tadi? Dia buat apa dekat awak sampai awak menangis macam nie sekali?" Tanya Zarul lagi dia tak puas hati selagi tak dapat tahu apa yang lelaki tue buat sampai Sara menangis.

"Dia kawan saya dari KL En Zarul, Dah lama saya tak jumpa dia tiba terserempak kat parking tadi."

"Ohhh..saya ingatkan dia ada buat apa² kat awak tadi." kata Zarul. Sara hanya tersenyum kepada Zarul.

Sebaik saja sampai di mejanya Sara letak beg dan dia termenung memandang ke arah skrin komputer didepannya.Terlayar balik kenangan² dia dulu semasa bersama dengan Haris.

Tanpa dia sedari laju air mata mengalir jatuh ke pipi. Dia tak sangka yang dia akan berjumpa balik dengan lelaki yang telah hancurkan kebahagian yang pernah dia kecapi bersama dulu.

"Heii..Sara kenapa nie?"

"Asma!!! Dia datang cari saya balik lah awak."

"Siapa? Haris ke?"

Sara hanya mengangguk air mata dia laju mengalir jatuh kepipi dia terus peluk Asma.

Bila Sara rasa agak lega dia lepaskan tangan dari pinggang Asma dan dia mendang Asma yang duduk di depan dia. Pada Asma saja dia dapat berkongsi semua masalah dia.

"Asma saya ingat bila saya lari jauh dari dia saya takkan jumpa dia lagi. Saya dah tak nak jumpa dia Asma. Saya takut dia buat kacau kat pejabat nanti."

"Sara sabar ...Saya tahu awak kuat untuk tempuh semua nie...bab kacau tue awak jangan lah risau kan kita ada security pak Jalil." Asma cuba pujuk Sara dia pegang tangan Sara dia cuba bagi semangat.

Asma kesian kepada Sara, Dia ingat lepas Sara lari jauh dari bekas suaminya dia akan bahagia tapi bekas suaminya mencari dan mengajak dia untuk bersama kembali.

Asma tahu Sara seorang yang kuat, dia boleh tempuh segala masalah nie dengan baik. Walaupun mereka baru kenal tapi banyak rahsia Sara dia tahu.

Sara seorang yang kuat dan tabah dari kecil dia sudah kehilangan ibubapa dan dia dibesarkan di rumah anak yatim yang ayahnya tubuhkan. Ibu bapanya meninggal dalam kemalangan masa dia masih baby lagi.

#Tq sudi baca
#maaf tak kalau tak best bab nie terkandusan idea nak siapkan bab nie.
#25/11/2020

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience