Bab 25- BONDA PUJUK SARA

Romance Completed 7622

Bonda telifon Sara dan meminta untuk Sara pulang kampung hujung minggu ini.Ada perkara yang perlu bonda katakan...

Sara tanpa ragu dia setuju untuk pulang ke kampung.

Pagi jumaat selepas Sara bersiap untuk pergi kerja, dia mengemas beg dengan mengisi beberapa pakaian ke dalam beg.

Sara pergi kerja macam biasa bersama Asma.
"Asma petang nanti lepas habis kerja,saya balik kampung. Bonda ada perkara yang dia nak bincang."

"Ohh..ye ke, saya baru nak ajak awak tengok wayang esok."

"Minggu depan la yek, kita pergi."

"Hemmm...baik la Cik Sara."

Asma cuba buat muka merajuk dengan Sara tapi tak menjadi sebab Sara geletek pinggang Asma...Asma ketawa kegelian..

"Sara dah la...bawa kereta tu elok², kang ada pulak kita masuk hospital nanti."

Sara fokus pada pemanduannya.

Petang sebaik sahaja sampai dirumah, Sara mengambil beg pakaian dan bergerak balik kampung..

9jam perjalanan Maisara ke rumah bonda akhirnya dia pun sampai...Sara keluar dari kereta sambil merenggang urat² penat memandu lama...

Sepatutnya dia amik tiket flight je tapi dia malas nak nyusahkan ayah untuk menjemput dia di airport jadi Sara mengambil keputusan dia drive dari terengganu ke melaka.

Sara parking kereta didalam garaj yang sedia terkosong untuk nya.

Dia mengambil semua barang dalam kereta dan menuju ke pintu rumah bonda dan memberi salam..

"Assalamualaikum."

Bonda mendengar suara perempuan memberi salam..Bonda laju bangun menuju ke pintu lalu dia membuka pintu rumah..

"Waalaikumsalam.. Alhamdulillah anak bonda dah selamat sampai." laju bonda memeluk Sara. Sara terkejut seketika dia ingat bonda masih marahkan dia.

"Jom masuk."kata bonda.
Sara mengangkat barang miliknya dan masuk ke dalam rumah..

"Sara pergi mandi,solat dulu nanti turun makan sama²ye."

"Bonda mana ayah?"

"Ayah dalam bilik tengah siapkan kerja dia."

"Ohhh....Sara minta diri masuk bilik dulu la bonda, badan dah melekit nie."

"Ye lah²."

Setelah selesai makan mereka bertiga duduk di ruang tamu sambil melihat televisyen.Bonda bertanya soal kerja Sara dan sampai la soalan yang paling ditunggu oleh Sara.

"Sara...bonda tanya Sara jangan marah ye."

"Apa dia bonda.?"

"Sara tak nak kembali semula kepada Haris ke?kesian bonda tengok dia."

"Kenapa bonda tanya macam tue?"Sara terkejut tiba soalan tue keluar dari mulut bonda.

"Tak ada apa...bonda kesian tengok Haris..Dia rindukan Sara, kalau boleh dia nak kembali bersama dengan Sara."

"Sara tak nak bonda.. Sara tak akan lupa apa yang dia buat dekat Sara dulu." Sara masih cuba bertenang bila mengingatkan apa yg Haris pernah buat padanya dulu.

"Kenapa? sebab lelaki tue ke Sara sanggup tinggalkan Haris?" Bonda mula naikkan suara.

"Apa bonda cakapkan nie?Sara tak faham la."

"Jangan buat tak faham la Sara..Haris dah cerita semua yang Sara buat." Bonda mula marah pada Sara.

"Ya Allah...fitnah ape pula si Haris dah buat."Sara dah mula menggigil marah.Dia dah tak boleh nak pendam lagi.

"Tak payah nak putar belit Sara. Haris dah cerita semua pada bonda dengan ayah."bonda meninggikan suara pada Sara.

"Sayang..cuba cakap elok² dengan anak, jangan tinggikan suara macam tue." ayah tegur bonda.

"Nak cakap elok macam mana abang, anak kita buat onar belakang suami dia."

"Kita tak tahu cerita sebenar, jangan cepat melatah..dengar dulu apa yang Sara nak cakapkan."kata ayah.

"Bonda, ayah kalau nak tahu si Haris yang buat onar belakang Sara. Dia yang ada perempuan lain...Sara keguguran pon semua sebab Haris die pukul Sara sebab Sara tanya pasal perempuan simpanan dia...Sara maafkan dia bagi lagi peluang dekat dia tapi dia buat lagi sampai perempuan tu mengandung...suami macam tu ke Sara nak kena terima bonda?" Sara luah segala yang terbuku selama nie...Dia menangis teresak².

Bonda dan ayah terkejut...Bonda bangun dan peluk Sara..Bonda tak tahu selama ini Sara menderita pendam rahsia yang Haris buat onar terhadapnya...

Sara minta diri masuk ke bilik..Dia menangis sepuas²nya dalam bilik sampai dia tak sedar bila dia tertidur.

"Ya Allah abang kesiannya anak kita..Sayang ingat anak kita yang curang."

"Itulah lain kali siasat dulu...Jangan main marah je dekat anak tue."

"Sayang nak tengok Sara kejap lah."

"Tak payah la biar dia sendirian dulu...esok okay la dia tue."

Bonda duduk kembali sebelah suaminya..dia mengelap airmata yang mengalir.

#maaf ambil masa lama nak siapkan episod nie..
#24/7/2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience