BAB 13 - PERGI KEDAI KERETA

Romance Completed 7617

Pagi tue Sara dan Asma bersiap untuk pergi ke kedai kereta. Sara telifon grab untuk ambil mereka berdua di rumah.

"Asma nanti kita sarapan dulu sebelum pergi ke kedai kereta boleh? saya dah lapar nie. "

"Okay boleh aje."

Sambil tue Sara mencari gambar kereta di dalam fonnya. 'cantiknya kamu harap² lulus la loan tue nanti.' Sara bercakap dalam hati.

Sebaik saja sampai di kedai menjual kereta Sara dan Asma pon turun. Mereka berdua memandang sekeliling tiada kedai makan.

"Ala Sara tak ada kedai makan la kat sini. "

"Hemmm...tak apa lah Asma kita pergi tengok kereta dulu la nanti baru kita cari kedai makan."

"Okay..jom"Asma laju menarik tangan Sara menuju ke kedai menjual kereta.

"Ya Allah Asma cantiknya kereta tue."Sara dah teruja apabila melihat kereta yang dia idamkan ada di depan mata.

"Kann...cantik nya. Lagi cantik kalau awak yang bawak. " Kata Asma sambil berjalan keliling kereta mini cooper country.

"Saya takut la loan saya tak lepas."

"Tak pa kita berdoa aje yek. Semoga ada rezeki awak nak pakai kereta tue."

Tanpa mereka sedari ada yang melihat mereka berdua dari tingkat atas kedai tersebut.

Airel tersenyum melihat gelagat Sara dan Asma di depan kereta tersebut. Lama dia memerhati.

Ada seorang sale woman datang ke arah Sara dan Asma.

"Assalamulaikum...selamat pagi nama saya gee boleh saya bantu cik berdua.? cik berkenan kereta yang mana.?" tegur sale woman tersebut sambil menghulur tangan ke arah Sara dan Asma.

"Waalaikumusalam..selamat pagi nama saya Sara, saya berminat dengan kereta nie. saya nak cuba buat loan untuk kereta nie boleh." Sara sambut salam yang dihulur ke arahnya.

"Boleh aje sis, Jom ikut saya pergi ke meja sana. nanti saya terangkan lebih lanjut. "sale woman tue pon berjalan ke meja dan dia duduk di kerusi sambil mengeluarkan pamplet kereta.

"Baik cik. "Sara dan Asma mengikut salewoman tue menuju ke meja, dia duduk di depan salewoman tersebut.

Airel masih lagi memandang ke arah Mereka bertiga.

"Begini cik ada bawak slip gaji, bil air api,?"

"Ada cik."

"Okay sekarang kat kedai kami ada yang second hand dan baru. kalau yang baru kereta nie harga rm300k, kalau yang second hand rm150k dah boleh dapat." Sara terkejut bila dengar salewoman tue berkata begitu, dia tak sangka semahal tue kereta yang dia mahu beli.

"Macam nie la saya try submit dulu loan cik nanti kami akan call cik bila dah dapat keputusannya nanti."

"Baik lah cik,terima kasih." Sara serahkan segala dokumen yang diperlukan kepada salewoman tersebut.

Sara dan Asma bangun dari tempat duduk dan dia keluar sambil menelifon grab untuk ambil mereka berdua di situ.

Airel melihat mereka berdua keluar dari situ dan dia turun ke bawah.

"Ada masalah ke tadi?" tanya Airel kepada pekerjanya.

"Tak ada Tuan nie saya tengah nak submit maklumat loan cik tadi."

"Ohh...okay nanti ada apa² masalah bagitahu saya."

"Baik Tuan. "

Airel pon keluar dari kedai tue dan menuju le keretanya. Airel lebih suka bawak kereta BMW X6 nya. Dia mempunyai syarikat perjualan kereta² mewah.

Syarikat kereta mewah Airel baru di buka di Terengganu, syarikat terbesarnya berada di Kuala Lumpur.

Kebetulan syarikat perjualan keretanya di Terengganu baru dibuka sebab itu Airel banyak masa berada di sana.

Airel berhentikan kereta di depan bus stop di mana tempat Asma dan Sara menunggu grab.

"Sara, Asma nak kemana nie?tunggu siapa nie?"

"Ehhh...Tuan Airel buat apa kat sini? kami tengah grab nie tak sampai²."

"Ooo...kebetulan saya lalu di sini tadi tiba saya nampak awak berdua macam kenal teragak² juga saya nak berhenti tadi takut tersalah orang."

"Ooo.."

"Nie nak kemana nie? jom saya tolong hantarkan."

"Kami nak ke KTCC MALL. Tak apa lah Tuan kami tunggu grab aje la."

"Lambat lagi tue. jom la saya hantarkan. "

"Jom Sara dah alang² ada orang nak hantar nie."

"Ye lah..."

Sara dan Asma pon berjalan menuju ke Kereta Airel. Asma tolak Sara supaya duduk di sebelah pamandu dan dia pulak duduk di bahagian belakang penumpang.

#18/11/2019
#Terima kasih sudi baca
#Komen lah sikit best tak..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience