BAB 60

Romance Completed 22551

dah seminggu lebih berlalu peristiwa aku dan zayn di hotel itu namun ia tetap bermain2 di benak aku!

ish zara kenapa la kau nak ingat semua tu! tak faham betul dengan diri aku ni, aku menolak tapi dalam masa yang sama aku suka.. dah gila agaknya kau ni zara! zara bercakap sendiri sambil berjalan menuju ke ward

sampainya di ward malam itu aku lihat kak sally dan kak mija turut berada disitu

yes! nampaknya kak sally pun shif malam harini, selamat aku ada teman, best kalau ada nurse sally sebab dia sangat supportive tak macam sesetengah staff nurse kat area ward lain. aku ada dengar dari geng houseman di ward lain mengeluh sebab dapat nurse sombong, tak memberi kerjasama. nasib aku dapat teman2 nurse yang baik.. alhamdulillah

dari jauh aku lihat kak sally tengah rancak bercakap2 dengan sekumpulan lagi nurse di meja area pantry

haaa... gossip ape tu! bentak aku, kesemua mereka terkejut dengar jerkahan aku tadi

ishhh doktor ni terkejut kitorang.. ingatkan doktor pakar tadi abis lah kami..

ha tu lah sibuk bergosip ape tu? aku cuba busy body

alah ni haaa... sambil ditunjukkan padaku majalah maskulin.. aku segera mencapai majalah yang dihulur kak sally

apa yang menarik sangat dalam ni kak.. aku kehairanan..

ishh isi kat dalam ni memang la takde yang menarik pun.. yang menariknya muka depan ni haaa. kak sally cepat2 tunjuk cover depan majalan tersebut.. mata aku tertacap pada gambar model di depan majalah itu..

ishh doktor kita ni terus tak berkelip mata pandang cik abang handsome ye.. gurau mereka.. sebenarnya doktor, ini la dia vvip dari sabah tu hari yang akak cakap tu.. yang semua nurse gila bayang tu, dia ni la.. Damien Zayn, anak orang kaya Sabah tu..

aku terdiam dan masih merenung gambar itu.

eh dengar2 dia dah kahwin 5 tahun lepas.. tapi sekarang tak tahu apa status sebenar dia sebab tak pernah pula nampak gambar isteri dia.. misteri betul kan.. mereka yang lain pula menambah

hurmm aku rasa dia bujang la.. handsomenya, makin berusia makin macho la.. tapi sayang dia dah tak datang sini lagi sebab dah habis rawatan dia kan.. dia dah sembuh, kalau tak boleh aku cuci mata lagi.. mereka pakat ketawa

ye kan.. dia famous lepas kes dia kemalangan dulu tu, terus masuk bod gosip yang anak vvip Sabah excident, disebabkan excident tu la dia hilang ingatan kan.. lama betul dia buat rawatan terapi tu, sekarang dah sembuh.. tak dapat la kita tengok dia lagi, tengok gambar jelah..

apa? betul ke apa yang aku dengari tadi, zayn hilang ingatan? aku sudah tak peduli akan perbualan mereka tadi

otak aku kembali mengimbas peristiwa ketika zayn sedar dari koma dan sewaktu aku menjaganya selepas kemalangan.. dia begitu dingin dan seolah benci melihat aku.

ya Allah, apa semua ni, kalau betul dia hilang ingatan kenapa mesti buang aku? aku keliru, semua ini semakin rumit aku rasakan

doktor.. oo doktor.. jauh termenung tu, kenapa ni doktor? tanya kak sally apabila melihatku sedang kaku

aku meletakkan majalah tersebut dan berlari menuju ke bilik.. aku capai handset, cuba menelefon zayn, namun hampa.. abang please,.. aku perlukan explanation apa sebenarnya yang terjadi..

mommy, yes mommy.. aku pantas mendail nombor mommy

hello mommy, manja nak tau betul ke abang zayn hilang ingatan masa excident dulu? namun tiada balasan dari datin amanda.. lama diam, sebentar kemudian datin amanda bersuara

mana manja dapat tau sayang?

aku terus mematikan talian dan terus meninggalkan kawasan hospital.. jadi betullah apa yang mereka perkatakan.. kenapa aku sorang sahaja yang tak tahu, sedangkan aku ni isterinya. waktu ini aku dah tak peduli dengan kerja aku saat ini. apa nak jadi, jadilah.. yang ada di kepalaku hanyalah zayn. aku mesti jumpa suami aku

......mommy, daddy manja kat airport now, nak ke sabah.. manja perlu jumpa abang zayn....

datin amanda dan dato zariff membaca wasap zara dengan senyuman kepuasan

alhamdulillah semoga ada berita gembira buat kita mommy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience