BAB 17

Romance Completed 22551

sedar tak sedar dah masuk 5 bulan aku tinggal di negeri di bawah bayu ini.. dan selama waktu itu jugalah aku berulang alik dari kota Kinabalu ke kuala lumpur setiap bulan..

ah rindunya pada Iman, bulan lepas tak sempat kami berjumpa, kerana dia balik ke kampung neneknya di johor.

mommy daddy pun selalu jenguk aku kat sini, aku rasa happy tinggal disini jauh dari hiruk pikuk kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur..

jauh termenung tu, tegur umi mematikan lamunan aku

aah umi, best kan kat sini umi.. Zara suka sangat lepak kat luar ni.. nyaman sangat rasanya..

hurmm.. kawasan sini ok la sebab atas bukit, sunyi.. umi memang suka kawasan yang tak bising dengan kenderaan.. tapi best2 kat sini pun, ade lagi tempat best di Sabah ni, abang zayn kamu tu bila ntah nak bawa zara jalan2 ke Kundasang, tengok gunung kinabalu.. Balas umi

Kundasang umi? zara ada juga dengar kawan cerita tempat tu sejuk, pemandangan gunung kinbalu cantik sangat.. zara nak pegi la nanti

haa elok la tu, nanti ajak abang zayn bawa zara jalan2 ke sana ye.

selama aku tinggal di Sabah, seluruh bandar Kota Kinabalu sudah habis aku jelajah kecuali tempat2 peranginan je belum aku terokai, teringin juga tapi zayn semakin sibuk sejak akhir2 ini kerana exam spm dah dekat. banyak yang perlu diuruskan di sekolah.. maklumlah dia kan pengetua, semua terletak dibahunya, aku faham

umi, ayah mana? soalku

ayah kamu tu ape Lagi pergi main golf la dia tu..
umi je yang boring kat umah ni mujur ada zara boleh teman umi borak.. umi tersenyum

Assalamualaikum umi.. sapa zayn

haa baru nampak batang hidung anak teruna umi sorang ni..

ala biasa la umi, zayn busy uruskan hal2 kat sekolah, minggu depan sekolah dah busy dengan peperiksaan spm..

ooh patut la, minggu ni zayn bawa la zara jalan2 pegi kundasang, kesian die terperuk je kat umah ni ha..

ok, anything for you cik zara sofea rose.. sempat lagi dikenyitkan mata ke arahku

hish nakal.. bisikku

umi dan ayah masih tidak mengetahui tentang hubungan kami berdua.. aku meminta zayn untuk merahsiakannya dahulu, aku berencana untuk share hal ini selepas aku tamat exam SPM pada oktober akan datang. aku tak nak mereka risaukan aku.. ye lah anak busy bercinta mana ada masa nak study kan.. begitu la biasanya fikiran orang tua.. fikirku

imann.. hanya Iman sahaja yang tahu aku sedang hangat bercinta dengan cik abang pengetua aku sendiri.. Aku tidak dapat berahsia dengannya.. dia pendengar setia aku, mana boleh aku berahsia dengan kawan baikku itu.. teringat reaksi Iman yang begitu speechless sewaktu mendengar khabar itu..

Iman, aku ada perkara nak share dengan kau..
hurmm.. ape dia cakaplah, I'm listening.. balasnya sambil mengunyah pringles kesukaannya itu

sebenarnya aku.. aku.. aku kan..

aku, aku.. aku what????? Iman sudah kegeraman

aku bercinta dengan Damien Zayn, a.k.a cik abang pengetua sekolah aku! aku terus menekup kepala dibawah bantal sofa dihadapan Iman untuk bersedia dengan jeritan yang bakal diluahkan Iman sebentar lagi

what??????? are u serious? kau.. pengetua? ishh ape ni tak faham la wei.. tolong citer details sikit, aku dah mula excited ni, iman menjerit

Aku mula bercerita dari A sampai Z, kami ketawa

ooo patut la kau dah jarang wasap aku sekarang ni ek, tengah angau bercinta rupanya minah ni.. sindir Iman

eh mana ade wei, walau aku jarang wasap tapi yang aku selalu call kau tu apa? saja Iman mencari Alasan untuk mengenakan aku

yelah, yelah.. aku saja je nak tengok kau, rupanya kau tak lupa aku ek walau dah ada pakwe kacak, kaya lagi bergaya.. Iman melawak

hoiii dah la tuh jangan puji lebih2, pakwe aku tu! aku bergurau

lupa aku nak tanya kau, apa citer ye cikgu asmah dengan cikgu azlan sekarang

oh, cikgu azlan lepas kes video kau aritu, aku dengar dia tukar sekolah jauh jugalah tapi tak pasti pulak sekolah mana.. cikgu asmah pulak kau faham faham la konfem la frust menonggeng, nampak la die dah slow down sikit perangai kerek die tu lepas kau dengan crush die dah takde

lega hati aku mendengarnya.. perpindahan aku ni sebenarnya satu keputusan yang tepat..

tepat la sangat, aku ni dah takde kawan nak bergosip dalam kelas tau.. kau takpe la hari2 boleh bawa handset, tapi sedih... aku pulak tak boleh wasap kau.. Iman buat buat menangis

Kami ketawa bersama..

ape senyum sorang2 ni, bisik Zayn tiba2 di telingaku

aik bila masa pula abang ada kat sini? tadi bukan umi ada dengan zara

ha tu la berangan lagi.. sampai tak sedar umi takde, umi pergi solat asar tadi.. balas Zayn

zara dah solat ke?

errr zara cuti la.. balasku malu2

ooo.. untung pompuan ada cuti, abang ni takde cuti hari2 kena keje sampaikan nak dating dengan buah hati abang pun takde masa tau.. jelingnya manja

ish kesitu pulak, ni cuti lain laa

ye lah abang gurau je sayang.. tapi kan waktu sekolah masa rehat tu boleh tak zara masuk je office abang temankan abang work, abang tak boleh la kalau seharian tak nampak zara, rindu! pujuknya

ishh mana boleh abang nanti apa pula cikgu2 dan student lain cakap tak ke pelik zara selalu keluar masuk office abang tu..

ok macam ni, hujung minggu ni abang bawak Zara pergi kundasang, Kita dating sana la, ok? aku mengelipkan mataku laju2 sambil tersenyum

hahahaha.. ketawa Zayn kendengaran

ok sayang.. dicuitnya hidung aku dan menghadiahkan senyuman yang begitu manis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience