BAB 3

Romance Completed 22559

“assalamualaikum mommy, daddy.." sapa zara sebaik sahaja pulang dari sekolah. kebetulan mommy daddynya tengah bersantai minum petang.

“so hows your day today manja? macam mana study ok?" tanya daddy pada anak kesayangannya

“ok daddy, all went well.." tipu zara pada daddynya.

“aduhhh zara kenapa kau tipu! hurmm takpe la tipu sunat." fikir zara

biasanya zara akan meluahkan pada daddynya jika ada sebalang masalah berkaitan sekolah tetapi kali ini dia merasakan itu tidak perlu.

“takkan la aku nak bagitau daddy aku dibuli cikgu asmah, merepek lah! mesti daddy takkan percaya.." zara mengomel sendirian

"ape yang manja termenung tu sayang, tengah fikir ape tu?" sampuk mommy..

"takde la mommy, manja penat la mommy harini balik lewat petang.. tadi ade discussion dan presentation kat kelas."

"alhamdulillah rajin anak mommy. dah, naik atas bersihkan diri pastu turun makan ye, mommy dah suruh mak mah sediakan makan kat atas meja tu ha."

"ok mommy!" zara memberi ciuman pada mommy daddynya dan berlalu ke biliknya

"besar dah manja kita sorang tu kan bang, sekejap je masa berlalu." dato zariff dan datin amanda termenung mengingati kenangan lalu...

----------------------------************-------------------------

telefon dato zariff berbunyi dan seraya diangkat, di talian adalah tan sri khalid yang dianggap abang sewaktu mereka menetap di sabah sewaktu masa dulu

“assalamualaikum, zariff kau ape khabar? lama tak dengar berita sejak kau pindah ke kuala lumpur"

“walaikumussalam tan sri, alhamdulillah kami sihat walafiat."

datin amanda cuba memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.

“apa la agaknya yang dibincangkan, lagaknya seperti serius saja tu." getus hatinya.

"ok tan sri, baiklah! ye, ye.. seperti yang telah kita bincangkan waktu dulu. saya akan pastikan niat baik kite akan termeterai. in sha Allah.." dato zariff mematikan talian.

"sape tu bang? serius je bunyi cakap tu.." tanya datin dengan muka yang penuh tanda tanya.

"ahh.. tadi tu tan sri khalid, takkan awak tak ingat? kawan baik abang masa kite di sabah dulu, datin sri ramona pun tertanya2 khabar awak rindu katanya.."

"ya Allah datin sri ramona lamanya tak dengar khabar, nombor dia pun ntah kemana sejak handset saya hilang dulu. ape yang abg bualkan tadi? nampak macam serius je?"

“awak ingat lagi tak anak tunggal tan sri? alaaa... damien zayn yang handsome tu, dah besar dah dia sekarang."

"oh mesti la saya ingat bang! zayn.. budak tu selalu panggil saya untie aman.. hihi macam mana agaknya rupa dia sekarang, mesti lagi handsome. ye lah dulu waktu kita disabah dia masih belajar di tingkatan 5 sama macam zara sekarang kan bang? handsome betul budaknya sampaikan saya terniat dalam hati kalau kita dikurniakan anak lelaki, moga handsome macam zayn. alih alih yang keluar girl, anak manja abang.. hahaha!" ketawa mereka kedengaran.

“jadi sekarang zayn dah berumur 35 tahun la kan bang?" tanya datin menanti jawapan suaminya.

“aah, zayn 35 tahun dah sekarang." dato zariff sesekali memandang wajah isterinya seperti menanti waktu yang tepat untuk bercakap sesuatu.

"zayn.. zayn.. ntah2 dah kahwin dah pun dia kan. untung tan sri dan datin sri dapat anak awal, dorang dah berumur anak pun dah besar, kita ni terbalik, dah berumur tapi anak masih sekolah menengah," ketawa datin sambil menghirup kopi di cawan.

dato zariff seraya berdehem..

“hurmm sebenarnya ada perkara abang nak bagitau awak."

datin amanda kelihatan sedikit gelisah menanti perkara yang bakal di ucap oleh suaminya itu.

“ada ape bang? berkaitan syarikat ke?" tanya datin untuk kepastian.

“bukan tentang syarikat, ni berkaitan janji antara tan sri dan abang dulu. awak ingat tak, dulu datin sri ramona dengan tan sri khalid teruja betul dengar kite bakal timang anak kan?"

“a'ah bang.. mestilah saya ingat, dorang tu kemain lagi gembira kan.. bukan apa, macam macam usaha kita dah buat nak dapatkan manja nan sorang tu. sampaikan dorang buatkan majlis kesyukuran untuk kita lepas dapat tau saya mengandung.. baik betul dorang tu."

bagi datin amanda begitu susah nak jumpa orang sebaik datin sri dan tan sri yang begitu baik melayan mereka seperti keluarga sendiri.

“sebenarnya masa tu tan sri ada cakap dengan abang dari hati ke hati. dia nak berbesan dengan kita suatu hari nanti andaikata kita dapat anak perempuan, nak dijodohkan dengan zayn." dato zariff menyusun kata bimbang isterinya menolak

“ape bang?? tansri dan datin sri nak berbesan dengan kita? manja? zayn?" datin amanda merasa sesak tiba2. terus kopi yang dihirup tadi terasa pahit ditekak

“tapi bang......"

“takde tapi tapi lagi dah! abang dah setuju dah dulu perkara ni sebab abang ingatkan kemungkinan anak kita tu lelaki jadi janji ni takkan diguna pakai lagi.." kebimbangan di wajah dato zariff kian terasa, bimbang isterinya itu menentang keras perkara tersebut..

“abang... saya takde halangan tapi abang tengok la anak manja abang tu macam mana.. ada ke yang nak beristerikan anak kita tu bang? adoii pening kepala saya! manja tu anak manja, ada ke yang tahan dengan dia tu nanti. ntah2 zayn tengok pun lari budak tu karang.." luah datin amanda pada suaminya

“alah.. mende kecik je tu mommynya! itu pula yang dirisaukan. kita ingatkan nak marah ke bangkang ke. kemain daddy susun ayat.. hahahaa.." mereka ketawa bersama.

“ishhh sape la yang taknak bermenantukan zayn tu bang, dah la handsome dari keluarga baik2 pula tu.. takkan la saya nak lepaskan peluang dah orang offer, ye tak?" semakin bersemangat datin menambah perisa perbualan mereka.

“eh tapi bang, zayn kerja apa sekarang?"

“ohh zayn sekarang pengetua di international school milik tansri. semakin maju dah sekolah tu dibawah pengurusan zayn. dengar kata dia usrus bisnes sendiri juga."

“ish sejuk perut datin sri dapat anak macam zayn. ok lulus bang jadi menantu saya!!" sengih datin kearah suaminya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience