BAB 42

Romance Completed 22559

sudah dekat 2 minggu zayn koma.. tapi aku tetap menemani dan bercakap dengannya saban hari jika ada peluang..

abang, baby kita dah 10weeks arini tau.. abang bangun la, zara rindu abang.. rindu rumah kita.. bisikku padanya

sekarang aku sudah kuat sikit dari awal2 dulu.. sekarang aku dah bertekad nak positif je supaya zayn cepat sedar.. doktor pun cakap kena selalu bercakap2 dan bagi semangat pada zayn supaya dia cepat sedar.. tak boleh sedih negatif2..

aku mesti kuat untuk anak dan suami aku.. tekad zara

selama zayn berada di hospital aku tinggal di rumah umi dan ayah.. bila difikir kasih sayang mereka melimpah ruah untuk aku menantunya ini.. sungguh aku sayang mereka

mommy dan daddy pula berulang alik dari kl ke kk seminggu sekali melawat aku dan zayn.. iman pula hari2 whatsapp dan call aku memberi semangat walaupun dia sendiri busy di university.. kerana mereka lah aku masih berdiri teguh hari ini.. kalau tiada sokongan dari mereka aku rasa aku dah lama gila

petang itu selepas melawat zayn aku pulang sekejap ke rumah kami.. pedih hati aku melihat segala plan aku nak suprise zayn haritu tidak kesampaian disebabkan kemalangan itu..

zara kau kena redha.. ini semua takdir!!

abang.. zara rindu abang.. tanpa sedar airmatanya menitik

-----------*****--------------

telefon umi berdering dan sepantas kilat dicapainya.. dia begitu alert dengan bunyi telefon sekarang sejak zayn berada di hospital.. mana tau ada berita gembira, tapi setiap kali itu jugalah hampa.. mesti panggilan daripada kawan2 yang ingin bertanya khabar keadaan zayn.. tapi kali ni dilihat suaminya yang telefon

ye abang.. apa? zayn dah sedar? ya Allah syukur! ok saya ke sana sekarang kita jumpa kat hospital ye bang

Datin sri ramona pantas mendail nombor zara untuk memaklumkan berita gembira itu

hello, zara.. umi baru dapat call dari ayah tadi maklumkan yang zayn dah sedar nak.. zara nak drive sendiri atau nak pergi dengan umi ke hospital?

abang zayn dah sedar umi? ya Allah adakah aku bermimpi lagi? ok umi zara drive sendiri je lagipun kat sini lagi dekat dengan hospital

ok, tapi janji dengan umi jangan bawak laju, jangan kalut.. hati2 ye nak.. kita jumpa kat sana ye

aku segera matikan talian dan bergegas ke hospital.. hati aku berbunga bunga dan berdebar pada masa yang sama

umi ayah.. jerit aku melihat kelibat mereka di hospital.. pantas umi memimpin tangan aku dan kami beriringan menuju ke bilik zayn

zayn.. umi ayah dan zara datang nak.. bisik umi ditelinga zayn

seketika kemudian zayn membuka mata dan memandang kami satu persatu.. zayn kelihatan kaku.. namun masih memberi reaksi dengan anak matanya..

aku pantas menggenggam erat jemari itu yang aku rindu sekian lama.. abang, zara datang ni.. terima kasih abang sebab dah kembali.. ucapku sambil mencium jemari itu..

maaf, tan sri, datin sri boleh kita berbincang di bilik saya sekejap.. doktor salman bersuara

umi dan ayah meninggalkan aku berdua dengan zayn.. di saat ini aku rasakan dunia aku sudah kembali normal.. gembira hati aku seolah semangat aku sudah kembali

abang.. I love you so much.. zayn kelihatan sedikit blur dan mula memejamkan mata

tan siri, datin sri.. kami dah buat ujian ke atas zayn setelah dia sedar tadi dan saya sahkan dia menghidap amnesia retrograde yang mana dia akan kehilangan memori untuk peristiwa yang terjadi sebelum trauma atau accident. biasanya pesakit menghidap amnesia retrograde tak dapat mengingati sebahagian atau semua masa lalu mereka.

tapi jangan risau tan sri, datin sri sebenarnya keadaan ni boleh pulih dengan tetapi cuma memakan masa sedikit.. terang doktor panjang lebar

jadi doktor, anak saya takkan ingat siapa kami? isteri dia?

itu saya tak pasti lagi datin sri, kita perlu tengok dulu tindak balas zayn macam mana adakah dia masih ada ingatan tentang datin sri dan tan sri.. boleh cuba bercakap dengannnya untuk tengok reaksi dia.. terang doktor lagi

selepas beredar dari bilik doktor, zara kelihatan sudah menunggu di luar bilik zayn.. abang zayn tidur umi..

zara tunggu kejap ya umi dan ayah nak jumpa zayn..

pintu dibuka dan kelihatan zayn masih terkebil kebil memandang umi dan ayahnya..

zayn.. zayn kenal umi?

zayn menggangguk.. umi mula menitikkan airmata kelegaan

ayah? zayn ingat ayah?

zayn juga menggangguk.. mereka bertiga berpelukan mengucapkan syukur

zayn, umi nak tanya.. zayn ingat zara? isteri zayn.. yang bercakap dengan zayn tadi?

zayn menggeleng.. kali ni kelihatan umi mengenggam kuat tangan suaminya mencari kekuatan sambil menitik airmata memikirkan nasib menantunya itu

zayn sayang.. zara tu isteri zayn nak.. orang yang zayn sayang.. balas umi

zayn masih menggeleng..

seketika kemudian tan sri memegang bahu isterinya dan berbisik agar memberi zayn masa..

Kita kena bagi zayn masa.. dia baru je sedar jangan paksa dia untuk ingat.. pelan2 uminya.. in sha Allah zayn akan pulih.. jom kita tengok zara kat luar..

mereka berlalu meninggalkan zayn dan mendapatkan zara..

zara, zara ok nak? tanya umi..

ok umi, ayah.. zara gembira sangat.. abang zayn dah sedar.. tapi dia masih tak bercakap kan umi ayah?

a'ah sayang.. zayn baru sedar.. bagi dia masa ya.. mereka cuba menenangkan zara

jom kita balik dulu makan, bersihkan diri, nanti kita datang lagi..

Aku mengangguk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience