BAB 30

Romance Completed 22551

selesai mandi dan mengeringkan rambut, aku keluar dari bilik air lengkap berbaju.. zayn kelihatan tertidur di atas katil

kesian, letih sangat la tu..

ishh best ni kalau dapat tengok wajah dia dekat2.. asyik dia je yang selalu tengok aku, kali ni aku pulak nak usha dia.. hahaha.. geli hati zara dapat peluang melihat wajah suaminya dari dekat

hurmm kacak! lama dah aku rasa muka damien zayn ni ada iras seorang pelakon.. sape agaknya ye? zara berfikir2 sambil melihat wajah zayn yang sedang lena..

michele morrone!! yes, michele morrone!!.. patut la aku rasa macam pernah nampak je muka dia ni rupanya ada iras pelakon italy tu..

tangan aku laju mengoogle nama artis tersebut dan membandingkan wajahnya dengan zayn.. fuhh memang ada iras cuma suami aku ni Michele morrone versi melayu.. hahaha.. zara ketawa mengekek

what are you doing sayang? zayn membuka mata

errr zara ingatkan abang tidur.. harapnya tak kantoi la aku sedang usha dia tadi

sorry abang, zara ganggu tidur abang..

kalau sorry sini dulu.. zayn membuka tangannya minta dipeluk.

aku menggelengkan kepala, mengada! zara ada wudhuk la abang.. aku bingkas bangun namun dengan pantas zayn menarik tanganku dan aku jatuh terbaring di sebelahnya.. lantas dipeluk erat pinggangku

wudhuk boleh ambik semula sayang.. bisiknya

mata kami saling berpandangan.. adegan di bilik air tadi mula terbayang dalam benak aku

stop it zara.. don't think about it!! aku sedang memujuk hati aku sendiri ketika ini

abang.. dah nak masuk waktu maghrib ni.. aku cuba mengumpan untuk lari dari situasi itu, bukan aku tidak suka cuma aku masih rasa malu dan kekok..

give me 5 minute sayang, I want to hug you.. zayn memeluk aku erat..

aku membiarkan keadaan itu, lagipun berada dalam dakapan damien zayn buat aku rasa tenang dan bahagia

orait, abang dah dapat balik energy abang, dapat peluk isteri abang terus abang rasa bertenaga.. thanks sayang.. satu lagi ciuman hinggap dibibirku tapi kali ini spontan..

zayn bingkas bangun menuju toilet dan sempat berpesan padaku untuk solat bersama

sayang tunggu abang ye, kita solat sama2..

aku mengangguk..

selesai mandi zayn keluar hanya memakai towel dengan rambut yang masih basah dan menampakkan susuk tubuhnya yang tinggi dan tegap.

haishh.. dia ni kan saja nak goda aku ke apa ni.. ngomel hati zara.. ni yang buat aku rasa ketagih asyik nak pandang je ni..

abang, zara dah siapkan baju abang.. aku menunjukkan baju dan kain pelikatnya yang aku ambil dari beg milik zayn sebentar tadi..

tq sayang.. alhamdulillah pandai isteri abang siapkan keperluan abang.. jelingnya menggoda

-------------******----------------

buat pertama kalinya setelah bergelar suami isteri, aku solat berimankan seorang suami.. biasa dengan daddy je..

selesai solat zayn membaca doa, sungguh sayu mendengar dia mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami berdua.

terima kasih ya Allah kau kurniakan insan ini sebagai suamiku.. doa zara dalam hati

zayn berpaling memandang aku dan tersenyum..

sayang... zayn memegang jemariku lembut.. sekarang sayang adalah tanggungjawab abang.. abang harap kita dapat sama2 melayari rumah tangga kita sampai ke syurga ok, sayang.. zara faham kan maksud abang?

aku menggangguk dan tersenyum

selesai bersalaman aku bingkas bangun untuk menyimpan telekung dan mengemas pakaian zayn ke dalam almari.

zayn menyekat aku dari terus melangkah.. dielus lembut pipiku

tanpa kata kata tiba2 zayn mencempung aku ke katil. aku diam membisu, dek kerana terlalu gementar aku menggigit bibir nak sembunyikan rasa gementar.

sayang.. you turn me on honey, everytime you bite your lips.. zayn berbisik dengan nafas yang turun naik

waktu ini zayn boleh melakukan apa sahaja pada aku kerana kedua dua tangan aku sudah berada digenggamannya. pergerakan aku seperti dikunci bila berkeadaan begitu

aku memejamkan mata dan waktu ini aku dah pasrah membayangkan diriku bakal tewas dengannya pada malam ini..

tiba2 handset zayn berbunyi dan menerangi kesamaran bilik itu..

abang, someone's calling.. kataku

zayn berhenti dari beraksi dan kembali berbaring di sebelah aku.. sempat dia menghela nafas yang panjang dan mencapai handsetnya. nama umi terpapar di screen, missed call!

sebentar kemudian kelihatan masuk pesanan whatsapp daripada umi

....zayn, umi dan ayah dah nak balik kota kinabalu esok, so tonight kami nak jumpa zayn dengan zara, umi dan ayah nak cakap sesuatu.. kami tunggu kat bawah ya......

Zayn kembali matikan handsetnya

sayang.. umi dan ayah nak jumpa kita kat bawah.. ujar zayn yang masih tidak bergerak dari katil

dapat aku rasakan nada suaranya sedikit kecewa.. aku tersenyum lalu mengajaknya turun

jom abang, nanti dorang tertunggu2 Kita pula

ok sayang.. Zayn bagun lambat2

aku mencapai tudung dan menyarungnya ringkas

sayang, kenapa pakai tudung? bukan ada sesiapa pun dalam rumah ni kan.
aah betul juga tu.. kataku sambil tersenyum.. aku terlupa yang aku tak perlu lagi memakai tudung di depan zayn dan ayah

Kami berdua turun bersama2 menuju ke ruang tamu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience