BAB 1

Romance Completed 22551

toyota velfire milik villa dato zariff meluncur laju ke destinasi rutin setiap pagi dan kelihatan memasuki perkarangan Sekolah Kebangsaan Putrajaya presint 9.

“Ok kite dah sampai cik zara” tutur pakcik zam yang merupakan pemandu setia keluarga mereka.

"cik zara oo cik zara, bangun kite dah sampai seraya turun membukakan pintu kereta.

ish.. ish.. ish, budak bertuah ni sempat lagi tidur dalam perjalanan ke sekolah" bisik pakcik zam sambil tersenyum dengan tingkah anak majikannya yang dianggap seperti anaknya sendiri itu.

“huarghhhhh mengantuk la pakcik zam, zara bercakap sambil menguap. zara tak cukup tidur semalam siapkan homework, harini ada presentation" ujar zara lemah

“ok kalau macam tu cepat nanti terlambat pula, sekarang dh pukul 7.26pagi ni" ujar pakcik zam.

zara bingkas bangun dan melihat jam ditangan mulusnya itu, “alamak zara dah lewat dah ni pakzik zam, habis la zara" rungutnnya menyesal.

“Ok pakcik zam, zara pegi dulu. jumpa petang nanti".

zara melangkah laju menuju ke kelas 5 hikmah. kelihatan susuk tubuh seseorang menunggu di muka pintu sambil mencebikkan bibir seolah lagak seorang guru disiplin.

"Hoi minah omputih kau pegi mana hah lewat 3 minit tau. untung kau cikgu kesayangan kau belum datang. biasanya time time macam ni dh tercegat dia di muka pintu. nampaknya nasib kau baik harini, hahahaha".. ketawa besar si Iman rakan baik zara.

zara menjeling sekilas ke arah Iman, amboiiii gelak besar kau ye, tunggu giliran kau " balas zara dengan nada sindiran kepada Iman.

alaaa kau ni aku gurau je lah, selama ni sape yang selalu backup kau? aku kan.. so? yang kau gelabah tetek ni apesal? rilek ar, ketawa mereka berderai pagi itu.

teringat Iman sewaktu zara terlewat ke kelas dan kebetulan waktu tersebut adalah kelas cikgu asmah, guru ekonomi mereka. teruk juga zara kena tetapi Iman bijak mereka alasan bagi kawannya itu.

----------------------------*******------------------------

"mana kawan sebelah awak? tanya cikgu asmah
tegas.

"hurmmm zara ke tandas sebentar cikgu die sakit perut" iman memberi alasan

padahal dia tahu zara masih berada di belakang stor tempat lepaknya seperti biasa.

sempat zara berpesan "kalau aku tak sempat kau cakap aku ke tandas sakit perut, tolong eh kau kan kawan baik aku."

haisshhh budak ni kan selalu buat hal waktu kelas cikgu kerek ni" bisik hati kecil iman

“tipu cikgu, saya rasa zara melepak di belakang stor cikgu! jerit emy musuh ketat zara dan iman memecah kesunyian kelas tersebut.

“apa? berani die melepak waktu kelas saya ya? tunggu!" muka cikgu asmah sudah menyinga

sebentar kemudian kelibat zara muncul ke kelas.

"hah zara sofea rose! dari mana kamu? kalau dah tak suka belajar di kelas saya kamu boleh keluar melepak sepanjang waktu saya mengajar! saya memang tak suka pelajar yang kurang ajar macam ni, tidak menghormati saya sebagai pengajar" tegas cikgu asmah

"hihi rasakan kau zara, padan muka kau. puas hati aku", sindir emy

iman terdengar dan seraya menjeling emy, dia merasa meluat dengan emy kerana sering cemburu dengan kawan baiknya itu. mereka berdua anak orang berada. emy anak dato johari pemilik syarikat tekstill manakala zara pewaris tunggal Logitech holding, syarikat terkemuka di malaysia.

kecantikan zara menjadi asbab dia dibenci oleh emy kerana semua pelajar lelaki dalam kelas tersebut sukakan zara malah boleh dikatakan zara digilai pelajar lelaki sekolah ini.

"tak cikgu saya dari tandas, sakit perut cikgu" tutur zara bersahaja. sempat dikenyitkan mata pada iman tanda plan mereka berjalan lancar.

"jangan ingat kamu anak orang berada kamu boleh buat sesuka hati di sekolah ini ye." sindir cikgu asmah kepada Zara.

disebabkan itulah zara begitu tidak suka dengan cikgu asmah yang digelarkan cikgu kerek itu kerana dia begitu sinis bila berbicara seolah mempunyai dendam dengan zara.

"hah kenapa lagi tercegat disitu? duduk di tempat kamu sekarang! membuang masa saya sahaja! ingat selepas ni jangan cari pasal waktu kelas saya kalau taknak masuk bilik guru disiplin" ugut cikgu asmah.

"woi, cepat la sini kau." jerit iman separa berbisik pada zara. "kau ni suka betul cari pasal. nah sekarang dah kena kan, tak serik kau." ngomel iman

"biar lah aku memang tak suka kelas ekonomi. muktamad"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience