BAB 61

Romance Completed 22559

pagi2 buta aku selamat sampai ke kota kinabalu. lama betul tak kesini.. last 4 tahun dulu.. sungguh aku rindu suasana negeri dibawah bayu ini..

tanpa membuang masa aku terus menempah grab untuk ke banglo mewah mertuaku itu.. lama betul aku tak bersua muka dengan mereka, hanya telefon menjadi penghubung kami selama aku di UK.. umi dan ayah selalu video call aku ketika aku di sana

sampainya aku di hadapan banglo mewah itu hati aku berdebar, kuatkah aku untuk menghadap wajah itu buat kesekian kalinya.. ahh kau mesti dapatkan kebenaran harini zara, apa yang sebenarnya berlaku..

aku menekan loceng.. dan seketika kemudian kelihatan umi muncul di muka pintu..

umiiiiiii... aku menjerit lantas memeluk umi, sekian lama kami tak berjumpa.

ya Allah menantu umi datang.. zara sihat nak?

zara sihat alhamdulillah, umi, abang zayn mana? dia ada tak? zara nak jumpa dia umi..

abang zayn kamu takde, dia.....

belum sempat umi menjawab pertanyaan aku tadi, aku dah pun berlari menuju ke bilik zayn.. namun kelibatnya tiada di situ.. aku ke library pula, tempat favourite zayn.. namun yang ada hanyalah buku2 dan MacBook Pro miliknya sahaja.

abang where are you? kenapa abang selalu tinggalkan zara? tanpa sedar airmata aku menitis laju..

di atas meja terletak cantik gambar kahwin kami berdua, ternyata aku masih bertakhta dihatinya, kalau tidak mana mungkin gambar itu berada atas mejanya.

aku membuka perlahan laci meja, didalamnya terdapat diari pemberian aku padanya dulu, masih elok disimpan, aku membuka helaian demi helaian diari itu..

sungguh aku terkejut melihat isi kandungannya yang penuh dengan gambar2 aku.. gambar kahwin kami, gambar honeymoon.. dan yang buat aku terkejut banyak gambar aku ketika di UK.

ya Allah abang.. apa sebenarnya yang abang sembunyikan dari zara? tapi kenapa? selama 4 tahun zara fikir abang dah tak sayangkana zara.

abang buang zara dulu hanya untuk lihat zara bahagia? abang tau tak zara hanya bahagia jika berada disisi abang je, kenapa abang susah nak faham.. aku mula menangis.. terasa begitu sebak..

lantas aku buka MacBook Pro miliknya..

pasword? kalau tak silap dulu passwordnya adalah tarikh birthday aku.. sekarang mungkin dah ubah, tapi try jelah, dan... memang betul zayn tak pernah ubah password itu..

aku tertarik dengan folder dengan huruf besar tertulis..

!!PLEASE OPEN THIS!!

sepantas kilat aku buka dan...... ianya penuh dengan video2 zayn

-------------******-----------

hi, kalau kau tengah tengok ni bermakna kau tengah lost.. listen here! nama kau Damien Zayn.. kau ada isteri yang sangat kau cintai bernama zara sofea rose.. kau sangat cintakan dia tapi kau terpaksa lepaskannya untuk melihat dia bahagia.. kau hanya ada dia dalam hati kau.. Damien Zayn, ingat! kau terpaksa melepaskan isteri yang kau cintai agar dia tak terus terseksa dengan keadaan kau sekarang.. kau hanya akan menyeksa dia jika dia tetap bersama kau.. cinta mati kau hanya pada zara sofea rose.

aku dah menangis sekuat hati melihat video itu, abanggg.. kenapa? kenapa mesti abang memilih untuk menaggung semua ni sorang2?

video seterusnya aku buka, dan ianya adalah majlis graduation day aku.. dia ada di sana? ya Allah kesedihan bertimpa timpa, tak tertanggung lagi rasanya. aku ingin menemui suami aku cepat2.. ingin aku dakap damien zayn erat2 ketika ini.. tapi dia dimana?

namun, video terakhir seolah memberi bayangan kepadaku kenapa zayn menghilang buat kesekian kalinya

zayn, kau dah kalah! dia dah jumpa orang yang boleh buat dia bahagia, kau sendiri nampak waktu itu betapa dia tersenyum gembira.. kalau itu yang membahagiakanmu zara sofea rose, i'm surrender.. dan di akhir video tersebut adalah gambar2 honeymoon kami di switzerland dengan berlatar belakangkan lagu surrender (Natalie Taylor)

sebaknya aku ketika ini hanya tuhan yang tahu sehingga aku tidak dapat berfikir dengan waras.. apa yang perlu aku buat? mana aku nak cari suami aku

apa maksud zayn aku dah jumpa orang yang dapat bahagiakan aku? arghhh tak masuk akal. aku lantas berlari turun mendapatkan umi dan ayah

ayah, umi.. abang zayn mana? zara nak jumpa abang zayn please..

zara, sabar nak.. abang zayn kamu takde. semalam lepas balik dari rumah titian kasih dia terus keluar katanya nak pergi ke rumah kedua kamu berdua.. zara tahu kat mana?

aku mengesat airmata.. rumah kedua? aku lantas mengambil kunci kereta zayn dan terus memandu ke rumah kami.. namun sampainya disana kosong.. yang ada hanyalah kenangan yang begitu sayu untuk aku ingati..

melihat tiada tanda2 zayn disitu aku buntu kemana lagi harus aku mencari.. rumah kedua.. rumah titian kasih? tanpa berlengah aku pecut ke sana..

kak zara...... akhirnya kak zara datang juga lawat kami.. rindunya, anak2 itu pantas memeluk aku..

kak zara kenapa tak pernah datang sini dah? abang zayn selalu datang.. dia cakap kak zara belajar jauh diluar negara jadi tak dapat datang.. abang zayn selalu cakap dia rinduuuu kak zara

sekali lagi aku dibanjiri airmata waktu ini mendengar kata2 anak2 syurga itu

aku mengesat air mata dan cuba kembali tersenyum..

abang zayn ada kat sini? kak zara nak jumpa abang Zayn la.. kak zara pun rinnnndu dia

oo sebab tu kak zara nangis ye, abang zayn datang semalam.. dia pesan kat kami jaga diri elok2 sebab abang zayn nak pergi jauh.. nanti lama tak jumpa

pergi jauh? aku dah semakin bingung.. kemana sebenarnya suamiku pergi, dimana lagi untuk aku mencarinya..

berada di teratak titian kasih buat hati aku sedikit tenang.. melihat wajah anak2 syurga itu membuatkan hati aku yang sedih kembali bersemangat..

petang itu aku membuat keputusan untuk kembali ke rumah lama kami dan menunggu zayn disana, mana tahu dia akan balik kesana, bisik hati aku..

dalam perjalanan telefon aku berbunyi, nombor tidak dikenali tertera namun cepat2 aku angkat mana tahu itu panggilan daripada zayn

....hi madam, maaf mengganggu, saya victor, lawyer peribadi encik damien zayn.. Kita pernah jumpa dulu, kalau madam masih ingat.. ermm maaf, tapi boleh saya jumpa dengan madam? saya ada hal nak cakap dengan madam berkaitan encik damien zayn.

ok, ok, kita jumpa kat mana ye? saya pergi sekarang.. setelah victor memberi lokasi aku terus memandu menuju kesana. mendengar dia sebut nama zayn tadi, tanpa membuang masa, aku terus bersetuju.. mana tahu ada sinar untuk aku jumpa dia

--------------********-------------

hi madam, victor menyapa dan melontarkan senyuman padaku

aku sekadar mengangguk tanda menerima kedatanganya itu.. malu untuk memperlihatkan wajahku yang bengkak akibat menangis itu padanya

madam, sory mengganggu but i have something to tell you.. I'm sorry, actually perkara ni dah melanggar etika kerja saya sebagai seorang lawyer tapi saya tak boleh tengok keadaan bos saya macam tu.. ianya tidak bagus untuk kesihatan dia, madam faham kan?

aku menggangguk.. encik victor, sebenarnya apa yang berlaku selama 4 tahun lepas? aku mengharapkan victor menceritakan padaku apa sebenarnya yang berlaku dari a sampai z supaya aku tidak keliru lagi..

sebenarnya, selama 4 tahun encik damien zayn derita amnesia, dia hilang ingatan disebabkan oleh kemalangan tersebut, dan yang paling menyedihkan dia ingat semua perkara kecuali memori tentang madam.. semua memori berkaitan madam boss tak ingat.. memori bos on off, sekejap dia ingat madam pastu lost again.. sebab tu dia buat keputusan untuk buat madam benci dengan dia.. bos taknak madam terseksa bersama dengan dia dalam keadaan dia macam tu.. saya harap madam faham..

actually, sebelum bos kemalangan dulu dia ada minta saya uruskan pembelian rumah di switzerland untuk dihadiahkan pada madam.

and one more thing.. dimana sahaja madam pergi disitu ada encik damien zayn.. remember that!

tapi kenapa dia tinggalkan saya sekali lagi sekarang? dia lupakan saya semula? aku menginginkan kepastian

like i said before, dimana ada madam, disitu ada bos.. cuba ingat malam di starbucks? victor cuba berteka teki denganku

nick! adakah damien zayn ada disitu ketika nick melamar aku? tapi aku menolak! ya Allah abang, takde sesiapa yang boleh ganti tempat abang dalam hati zara.. hanya abang sorang je, kalaulah abang tahu.. airmata aku begitu murah ketika ini, laju turun membasahi pipi

ok madam, saya rasa cukup setakat itu yang boleh saya beritahu madam.. selebihnya madam tanya bos sendiri

tapi macam mana saya nak tanya dia, saya call tak dapat, dah merata saya cari dia tapi tak jumpa. awak tahu dia kat mana sekarang? please encik victor, saya betul2 nak jumpa suami saya.

bos takde di malaysia sekarang madam.. dia berada di rumah kedua.. madam tahu kan kat mana? victor tersenyum sambil berlalu

pada malam itu juga dengan bantuan ayah dan umi aku dapat booking tiket flight ke Switzerland pada besok pagi..

abang tungu zara, I'm coming home..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience