BAB 12

Romance Completed 22551

range rover milik zayn meluncur laju menuju ke international school dan selamat memasuki kawasan parking khas untuk pengetua..

zara kagum lihat struktur design dan landskap sekolah milik tan Sri khalid itu.. moden betul sekolah ni, daddy pernah cakap pada aku, tansri Khalid sendiri yang design rekabentuk sekolah ni.. ingatan Zara berlalu pada daddynya

keluar dari perut kereta zayn melangkah laju menuju ke pejabat pengetua miliknya, aku mengekorinya di belakang

sambil berjalan sempat aku mencuci mata melihat dari jauh keindahan landskap sekitar sekolah.. susun atur bunga2 pelbagai warna, siap ade tasik, dan pondok pondok berhampiran tasik. cantik betul pemandangan kat sini, bisik zara.. sedang leka melangkah laju ke depan...

bukkk! aku melanggar sesuatu..

"aduii, dahi aku! " aku mendongak dan melihat zayn sudah tersenyum, tanpa sedar rupanya aku telah terlanggar zayn dan muka aku sempat mendarat di dada bidang miliknya..

"tu la lenkali jalan tengok depan.." bisiknya pada aku diringi senyuman bersahaja darinya

aduh cik abang pengetua ni sengaja ke ape berhenti tiba tiba macam ni, nasib terlanggar dada dia je.. kalau tepeleot aku kat situ tadi, tak ke malu aku.. macam mana la aku boleh tak sedar dia berhenti kat depan tu tadi, tu lah asyik sangat layan pemandangan.. ngomel zara

zayn tersenyum puas. geli hatinya melihat gelagat wajah kesayanganya..

hai sir.. hello sir.. tegur para pelajar yang lalu lalang apabila bertembung dengan Damien Zayn, pengetua sekolah ini.

ooo student kat sini panggil die sir rupanya..

sampai di principal room, zayn membuka pintu dan memberi laluan untuk aku masuk..

Zara memandang sekeliling bilik itu.. wahh bestnya pejabat dia ni semua ada, siap dengan bilik tidur, pantry.. Segala macam mak nenek ada dalam ni.. oh macam ni rupanya bilik pengetua sekolah international.. another level.. bisik Hati zara.. kalau macam ni tak balik rumah pun takpe, lepas abis kerja penat penat boleh tido kat sini terus kan senang..

"Zara sila duduk." pinta Zayn..

aku mengambil kerusi dan duduk berhadapan dengan damien zayn.. seketika kemudian dia mula sibuk memerhati screen komputer dan mula menaip

"ok zara, semua urusan pendataran dah selesai.. tapi hari ni awak belum boleh masuk kelas ye sebab uniform sekolah awak baru dapat harini. so, awak boleh duduk kat sini dulu sementara saya nak settlekan kerja sikit, nanti tenghari kita boleh balik.. kalau awak bosan boleh baca magazine, news or any books here, ok?"

ok sir.. balas zara spontan

zayn memandang gadis itu sekilas..

"no need to call me sir when just two of us here.. but infront of others student you must."

Boleh panggil saya, abang.. zayn masih membelek fail2 ditangan.

abang? hurmm abang zayn ok sikit kot.. lain pulak rasanya panggil pengetua sendiri abang.. hehehe..ketawa nakal zara kendengaran

"apa yang lawak sangat tu cik zara sofea rose?" zayn menutup fail ditangan lantas merenung wajah cantik dihadapannya..

"eh tak.. tak.. saya tengah fikir ni banyak pula buku buku ekonomi sir kat belakang tu, sir mengajar ekonomi ke?" serentak itu zayn bingkas bangun dari tempat duduknya terus membisikkan sesuatu di telinga aku...

"not sir! abang.. call me abang.. last warning!"

pipi aku dah mula memerah dan mula tak senang duduk, please jangan rapat sangat boleh tak encik damien zayn.. dah la main bisik bisik macam iklan yusuf taiyob.. jerit zara dalam hati

Zara mula tak senang duduk.. baginya bau wangian zayn boleh buat dia lupa diri.. astagfirullahalazimm.. zara, control zara, please behave yourself zara!

Zara mula memandang kiri kanan atas bawah pejabat itu seperti mencari sesuatu.. zayn memerhati dengan penuh tanda tanya..

why??? soal zayn, lantas tangannya memegang kiri dan kanan pemegang kerusi yang aku duduki sambil mukanya menghadap aku..

please jangan buat saya jatuh cinta pada awak cik abang pengetua! bimbang jika zayn berterusan berkelakuan begitu, dia tidak dapat menahan dirinya..

tak, saya cumaaaa, nak pastikan dalam pejabat ni ada CCTV ke tak.. kalau ada habis la saya nanti.. ujar zara takut takut, baginya pemgalaman lalu mengajarnya untuk lebih berhati Hati.. dia sudah serik.

seraya itu zayn tergelak besar, gelak yang belum pernah aku lihat dari damien zayn.. selalunya muka ketat je manjang.. lain benar damien zayn yang aku kenal waktu ini.. geram pun ada aku dengan dia ni! zara mengetap bibir

orang serius dia ketawa pulak, zara dah nak merajuk..

tak la, cuma kelakar bagi abang, setiap ceruk sekolah ni kan abang yang atur, jadi takkan la nak letak CCTV Dalam bilik sendiri.. mengarut!

fuhh selamat.. zara menarik nafas kelegaan..
sekarang ni Kan zaman viral, kena la hati2.. aku dah serik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience