BAB 48

Romance Completed 22559

tan sri khalid dan datin sri ramona sedia maklum akan kehadiran besan dan menantunya pada minggu tersebut..

gembira hati mereka kerana zara akhirnya pulang ke pangkuan zayn.. tetapi pada masa yang sama turut merasa sedih kerana perlu merahsiakan bahawa ingatan zayn sudah pulih daripada menantu dan besannya atas permintaan zayn sendiri.. tidak pula disangka zayn berisiko untuk hilang ingatan semula bila2 masa..

ya Allah kasihanilah anak menantuku, peliharakanlah mereka dalam rahmatmu sentiasa ya Allah.. semoga ada pengakhiran yang baik kepada kedua anak menantuku ya Allah.. doa datin sri ramona setiap kali sujudnya.

-------------********-----------------

dato zariff dan datin amanda bertekad untuk menghantar zara ke Kota Kinabalu kerana bimbang emosi anaknya itu kembali terganggu jika dibiarkan zara balik seorang diri..

daddy dan mommy akan hantar zara ke kk ya, lagipun kami dah lama dah tak lawat zayn..

aku hanya mengangguk

setibanya aku di banglo mewah itu aku melangkah dengan azam baru.. semoga kali ini aku tabah dan lebih kuat untuk berdepan dengan lelaki kesayanganku yang sangat dirindui itu..

zara, naiklah nak.. zayn ada kat atas..

sedang rancak mereka berbual aku melangkah ke atas mencari kelibat zayn.. aku buka pintu bilik namun dia tiada disana.. mesti di library.. aku membuka pintu library dan melihat zayn tengah kusyuk menulis sesuatu dalam buku hadiah dariku dahulu.. masih aku ingat

oh dia masih menghargai pemberian aku.. aku tersenyum memandangnya

abang, aku bergegas menghulurkan tangan untuk bersalam dan zayn menyambut huluran tangan aku dengan muka yang sukar untuk aku jelaskan

zayn bingkas bangun berjalan menuju ke tingkap dan memandang ke luar

aku memeluknya dari belakang..

zara rindu abang.. maafkan zara sebab balik KL, zara balik untuk mencari kekuatan diri zara semula

zayn menarik nafas dan meleraikan pelukan zara..

dah puas hati tinggalkan suami yang sakit kat sini? patut ke seorang isteri tinggalkan suami saat suaminya sakit? pastu balik berlakon seperti takde pape berlaku..

abang.. kenapa abang macam ni.. zara nak suami zara yang dulu. kenapa abang berubah? abang dah tak sayang zara? ke abang dah ada orang lain dalam hati abang.. stella?? betulkan dia masih dihati abang.. zara hanya pengganti dia

zara menangis semahunya..

ye, abang cintakan stella.. zayn mengungkapkan ayat tersebut dengan tersekat2.. melihat zara menangis hatinya terasa begitu terseksa.. maafkan abang sayang.. abang terpaksa

.......I'll fight for someone i love.. tapi kalau perasaan abang berubah zara tak boleh buat apa la.. zara lari je takkan fight dah.. I'll fight only for someone who worth me........

masih terngiang2 kata2 zara itu di telinga zayn.. maafkan abang sayang.. abang terpaksa buat macam ni demi untuk melihat zara bahagia.

zara pantas berlari keluar sambil menangis dan menggapai anak kunci keretanya dan berlalu meninggalkan banglo mewah itu..

mereka yang berada dibawah turut terkejut melihat zara keluar dengan keadaan menangis dan cuba mengejar namun zara sudah memandu pergi

mereka bergegas mendapat zayn di tingkap atas

zayn, kenapa ni nak.. apa yang dah jadi? kenapa zayn sanggup buat zara macam tu? zayn dah tak sayangkan zara ke? bentak umi

zayn menangis dan terduduk di hadapan mereka..

mommy daddy, maafkan zayn.. zayn buat macam tu sebab zayn terlalu sayang dan cintakan zara, ye memang betul ingatan zayn dah kembali tapi bila2 masa zayn akan lost semula.. tau tak betapa sakit dan terseksanya zayn bila doktor cakap ingatan zayn tak akan kekal.. mommy daddy! zayn taknak bagi harapan palsu pada zara.. keadaan zayn seperti bom jangka, zayn takkan sanggup lagi melihat zara terseksa kerana zayn.

mereka semua mula menitik airmata melihat nasib anak menantunya berakhir sebegitu rupa.

zara masih muda.. masih jauh lagi perjalanan hidup dia.. memang kalau boleh zayn nak tamak, zayn nak zara terus dia disisi zayn walau dalam keadaan zayn macam ni..

tapi, hati zayn sakit.. sakit setiap kali bila teringat layanan zayn pada dia masa zayn lost. zayn yakin kalau dia tahu keadaan zayn yang sebenar pun dia tetap akan bersama zayn.. tapi sampai bila perlu zayn seksa perasaan dia mommy daddy?

kalau ingatan zayn masih belum pulih dalam setahun atau dua tahun macam mana? zayn kejam jika terus menyeksa hati isteri zayn.. hanya Allah yang tahu betapa zayn sayangkan dia, tapi zayn terpaksa berkorban..

zayn tak boleh tamak.. biar lah zara menggapai impian dia, zayn nak tengok isteri zayn bahagia dan berjaya.. biarpun zayn terpaksa berkorban melepaskan isteri yang zayn sayang untuk melihat dia terbang tinggi, terbang bebas untuk menggapai awan.. ujar zayn..

dato zariff menepuk bahu dan memeluk zayn. mereka semua menitik airmata menyaksikan kesedihan zayn itu

zayn nak minta umi ayah, mommy dan daddy rahsiakan perkara ini dari zara sampai bila2, melihat dia bahagia dah cukup buat zayn..

ye nak.. mommy daddy faham semua yang zayn buat adalah bersebab.. tapi mommy tak rasa zara boleh terima semua ni nak.. dia terlalu cintakan zayn.. ujar datin amanda

die akan terima mommy, zayn yakin waktu ni dia dah pun bencikan zayn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience