BAB 7

Romance Completed 22559

......zara, kau dah duduk sana nanti jangan lupakan aku tau, aku sayang kau selamanya sahabat......

pesanan whatsaap daripada iman dibaca zara sayu

aku takkan pernah lupakan kau iman, sahabat dunia akhiratku.. bisik zara dalam hati

~AIRPORT KOTA KINABALU~

kedengaran pengumuman mendarat daripada peramugari membuat lamunan zara terhenti. mereka telah tiba di Kota Kinabalu.

“sape yang datang ambik kita mommy?"

datin amanda dan dato zariff berpandangan sesama sendiri dan tersenyum penuh makna.

“ohh, anak tan sri khalid dan datin sri ramona yang datang. kita akan tinggal di rumah mereka sepanjang berada kat sini.." maklum daddy dan mommynya bersahaja

sementara dikawasan menunggu klia

“manja tunggu disini kejap ye, mommy nak ke tandas. daddy temankan mommy please.."

“ok mommy.. let's go!"

….............******...............

“lamanyer...!! tak nampak kelibat lagi ni, kata anak tan sri takkan la takde pengurusan masa kot..!!"

ishhh mane la orang tu nak kenal aku! mommy dan daddy pun takde kat sini mana dia nak kenal.. zara menggaru kepalanya yang tak gatal sambil tersenyum..

“eh mamat dalam kete range rover ni pandang2 apehal? ingat aku tak nampak ke kau usha2 aku hah? mentang2 aku pakai spek hitam ingat aku tak nampak ke?" zara dah mula buat muka menyampah.

seketika kemudian dilihat daddynya sedang bercakap di telefon

hurmm mungkin tu la anak tan sri yang call..

walaikumussalam zayn.. uncle di gate 2.. ohh range rover tu ye.. a'ah dah nampak kamu, dato zariff melambai2 ke arah jejaka dalam kereta range rover tersebut.

alamak, mamat tu ke anak tan sri, zara dah mula cuak, harapnya die tak nampak la reaksi aku tadi, malu oiii..

kelihatan seorang lelaki kacak keluar dari perut kereta dengan pakaian smart casual, berkemeja lengan dilipat separuh, rambut terurus rapi, kacamata hitam dan sneakers.

perghhhhh handsomenya mamat ni.. uishh macam pelakon la, senyumannya arghhhhhh! zara, control zara, control.. jangan bagi malu diri kau sendiri ok, zara bermonolog sendiri

Zayn kenalkan anak uncle, zara sofea rose.. dato zariff memperkenalkan zara pada zayn.. zayn hanya senyum sekilas tanpa memandang muka zara

amboiii kerek jugak dia ni eh..nyampahnye.. kite senyum die buat derk je, ok.. nevermind! macam la handsome sangat, dari aku nampak handsome tadi terus tak handsome! marah zara dalam hati sambil mencebik

untie aman, uncle zariff, sila..

mereka berlalu ke kereta dan semakin rancak berbual bersama sambil menuju ke kediaman banglo mewah milik tan sri, sementelah zara mendiamkan diri masih geram memikirkan situasi tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience