BAB 13

Romance Completed 22551

Hari ni zara begitu bersemangat untuk mula belajar di sekolah baru.. tak sabar nak memulakan sesi pembelajaran setelah lama tinggalkan

Zara, dah sedia dah? sapa umi

dah umi.. abang zayn mana umi? soalku berbasa basi

abang zayn kamu kejap lagi turun la tu.. mari la sarapan dulu..

tak lama kemudian zayn muncul..

morning umi, zara..

ceria betul pengetua kita harini, senyum sampai ke telinga.. umi mengusik anak lelakinya itu

ala biasa la umi, mesti la happy sekarang ni tiap hari ada orang temankan zayn pergi kerja kan.. matanya tak lepas dari memandang zara

zara tersenyum sambil memandang umi dan zayn, baik betul mood cik abang pengetua harini.. fikir zara.

selesai sarapan mereka berlalu menuju kereta..

zara, harini hari pertama awak mula belajar di sekolah baru, so hows your feeling? soal zayn padaku

excited! saya rasa tak sabar, nak kenal kawan2 baru, boleh jumpa cikgu2 handsome.. aku bergurau selamba

what? cikgu handsome? no.. no.. rasanya takde yang lebih handsome kat sekolah tu melainkan abang sorang je.. so zara boleh tengok abang je lah pasni.. katanya sambil tersengih

amboii angkat bakul sendiri nampak.. mereka ketawa bersama..

tak sangka la pengetua kita ni kelakar jugak orangnya ye.. kalau abang zayn macam ni selalu kan best, baru la saya ada geng gelak.. aku mula buat lawak

Zayn tersenyum mendengar celotehku..

ish abang memang macam ni, kalau orang tak kenal memang cakap sombong, heartless person la, tapi bila dah kenal macam ni la abang.. apa orang kata tu? tak kenal maka tak cinta..

oooo kena kenal2 dulu baru cinta ek, tanya zara..
ade je orang tak kenal pastu bercinta.. Aku cuba bergurau

kalau nak tau kena cuba dulu, nak try ke? soal zayn tiba tiba

eh saya ni spm pun tak lepas lagi.. mana boleh bercinta.. hahahahaa aku ketawa.

amboii ramah pulak engko harini ye zara, sempat buat lawak bodoh lagi tu..

ok kite dah sampai dah.. jom abang hantar zara ke kelas..

sampai di pintu kelas 5 begonia, keluar seorang wanita berkemeja kemas dengan skirt paras lutut memberi senyuman manis pada zayn

hello, good morning teacher shery.. I would like to introduce you, our new transfer student from kuala lumpur.

seraya itu teacher shery memandang aku atas bawah dengan ekor matanya..

apesal teacher ni, pandang aku semacam je. takkan la dapat lari dari cikgu asmah kena dengan teacher sherry ni pulak, simpang malaikat 44..

ok, please do come in.. pintanya..

aku masuk ke dalam kelas dan zayn masih memerhatikan aku dari luar.

hi, I'm zara sofea rose from kuala Lumpur, kedengaran sorakan dan tepukan daripada student2 lelaki.. ok aku anggap itu sebagai tanda mengalu alukan kedatangan aku.. desis zara.

ok zara, you may take your seat now.. arah teacher shery

aku berlalu menuju tempat duduk..

hi saya nicholas, boleh panggil saya nick, tegur student meja sebelahku..

hi, saya suraya, nice to meet you zara..

Aku tersenyum melihat gelagat semua student2 dalam kelas ni yang berbilang bangsa, ada juga beberapa student berbangsa asing..

teacher shery keluar mendapatkan zayn Yang masih memerhati di luar kelas.

hairan aku, dia buat apa lagi kat situ, tunggu Aku ke apa cik abang pengetua ni? zara memerhati dari dalam kelas, kelihatan teacher shery begitu mesra berbicara dengan zayn..

terdetik perasaan kurang senang dalam hati aku aku melihat perbualan mesra mereka.. haihhh cik zara jangan perasan la, he is not into you!! tapi senyuman awak yang begitu kacak tu boleh tak simpan untuk saya sorang je wahai cik abang pengetua? bentak hati zara

sementara didalam kelas...

hi Zara.. sory to asked you, you dengan our principal ade apa2 pertalian ke? tanya salah seorang student...

wow what a question! jerit seorang lagi di belakang.

selama saya belajar kat sini belum pernah lagi saya tengok our principal turun padang iring pelajar baru masuk ke kelas, macam mencemar duli la pulak, tu tengok tu sir masih tunggu you.. sampuk suara di depan pula

oh no! kelas ni suka bergosip juga rupanya.. aku sangkakan foreigner student tak peduli gosip2 ni.. nampaknya kau takkan boring lepas ni Zara.. gelak Zara..

sorry, kami takde pertalian apa2 just our parents is close friends.. balasku.. aku memilih untuk tidak menjawab soalan mereka lebih lanjut risau nanti jadi bahan bualan pula di sekolah tak memasal.

student lain aku tengok semua sibuk menghadap handset masing2. bagi aku sekolah ini best sebab para pelajar dibenarkan membawa handset tetapi perlu berdisiplin untuk tidak menggunakannya ketika pembelajaran berlansung..

ishh kalau kat sekolah lama aku dulu comfirm kau dah masuk bilik guru disiplin kalau tertangkap bawa handset. fikir zara.. kalau macam ni boleh la aku whatsap daddy dan Iman waktu rehat nanti..

Zayn berlalu dan seketika kemudian sesi pembelajaran diteruskan oleh teacher sherry, aku suka dengan kaedah pembelajaran teacher shery sangat mudah difahami dan rasa enjoy belajar..

RINGGGGG.. bunyi loceng menandakan waktu rehat bermula

semua pelajar mula keluar menuju ke kafe.. Aku berfikir fikir mahu ke kafe atau tidak..
lepak dalam kelas je la kot, perut masih kenyang lagi ni, pagi tadi sarapan nasi goreng umi, aku masih lagi terasa kenyang.

hi zara, tegur nick..

eh die ni belum keluar lagi rupanya..

Aku tersenyum.. yes?

may I have your number please.. pintanya padaku

aik dia ni baru berkenalan tadi takkan dah minta number kot..

what for? soalku

seketika kemudian terdengar beberapa student menyapa.. hello sir!

serentak itu aku terus berpaling dan kelihatan zayn sudah tercegat di belakang aku. entah sejak bila dia merada disitu..

zara, sila ke pejabat saya sekarang.. arahnya padaku, kelihatan riak wajahnya sedikit berubah

ok sir.. aku melihat lihat sekeliling, aku kaget bila kawan2 mula berbisik, mungkin tak menyangka dan hairan melihat pengetua mereka yang hot itu tiba2 muncul di kelas itu.

ah..peduli apa pada mereka..

sorry nick, I have to go now.. aku berlalu meninggalkan nick dan mengekori zayn dari belakang

sampainya kami di office pengetua

zayn menarik tangan aku tiba tiba dan merapatkan aku di dinding.. Aku terpana

abang zayn, kenapa? Belum sempat aku menyoal lebih lanjut zayn sudah mula menghela nafasnya yang panjang dalam keadaan kami begitu rapat..

terkejut dengan tindakan zayn namun aku terus menanti kata kata yang bakal terbit dari bibir damien zayn

"abang tak suka zara rapat dengan orang lain.. please! jangan bagi nombor zara pada sesiapa boleh tak.. you are mine! tegasnya... hidung kami bertemu..

Aku dah mula rasa muka aku panas, rasa diawang awangan, semua bersatu.. aku miliknya? masih tidak faham dengan kata kata zayn

aku sengaja turunkan badan aku slow2 untuk keluar dari keadaan itu. debaran didada tak payah cakap..

apa maksud abang zayn? tanyaku blur

nothing.. cuma dengar cakap abang jangan terlalu rapat dengan sesiapa and don't give your number to anyone! daddy dengan mommy zara dah minta abang tolong jaga zara... you are my responsibility now. so? faham kan?

Aku mengangguk

tadi Nicholas minta nombor saya tapi saya tak bagi

hurmm good! tegasnya lagi

petang nanti tunggu abang kat depan office tau.. abang nak bawa zara ke tempat favourite abang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience