Aku tak kisah la kalau mereka tak tidur lagi tapi kenapa sampai nak berlari-lari sambil tertawa kecil tengah-tengah malam ni.
“Wei pergi tengok sikit dorang kat depan tu. Apa hal sampai berlari-lari.” Airil suruh.
Oleh kerana aku rajin dan kurang melawan, aku pun keluar dari bilik untuk ke ruang tamu. Nak tahu juga apa yang lucu sampai terdengar mereka ketawa sambil berlari.
Aku ambil kira-kira enam langkah saja untuk sampai ke ruang tamu yang memang tak jauh dari bilik aku. Setelah sampai ke ruang tamu, aku pilih untuk langkah seribu kembali ke bilik. Dan aku kembali dengan wajah cuak.
“Eh cepatnya. Kenapa dorang berlari-lari tadi?”
“Dorang dah tidur sial. Joe siap berdengkur lagi. Rasanya kita pun patut tidur ni.” aku balas serius.
Malam tu aku dan Airil tidur sambil berpeluh. Tidur rapat-rapat. Dan buka radio kuat-kuat.
"Tolong baca doa kuat sikit Syam." Airil bersuara dari dalam selimut.
Share this novel