BAB 15

Horror & Thriller Completed 8382

Pagi tu kan, kami pun mula kerja. Lebih kurang 15 meter dari rumah. Jam 11 pagi, sya diminta balik rumah untuk masak makanan tengahhari kerana itu giliran saya.

Ketika masak tu kan, tiba-tiba bulu roma sya berdiri lagi! Sya dapat rasa ada sesuatu yang sedang perhatikan sya di bawah kolong rumah.
Saya buat tak kisah je lah tapi perasaan takut tu tetap ada. Saya tak bagi tahu mereka pasal itu. Saya diamkan saja.

Malam itu saya tidur awal. Dalam samar-samar lampu pelita, kawan saya pula dikacaunya. Hingga pucat mukanya.

Hari keempat kami tinggal di sana, ada seorang penduduk kampung datang sertai kami bekerja di situ. Kami pun bertanya tentang rumah itu. Terus muka dia berubah.

Dia tenung saya dan kawan yang lain.

“Itu tuan rumah tak beri tahu ke?” Terus pucat muka kami semua.

“Beritahu apa?” saya tanya.

“Betul kamu tak tahu pasal rumah tu?”

Dia pun ceritalah tentang sejarah rumah ittu.Sebenarnya 7 tahun yang lalu, bapa tuan rumah sekarang ni yang tinggal di situ. Anak dia jarang datang ke sana. Masa dia sakit pun, orang kampung yang kena pergi bagi tahu anaknya.

Lepas diberitahu, anaknya pun tinggallah di situ menjaga bapanya. Bapanya dah nazak dan dia jaga sehinggalah menninggal dunia. Tapi anaknya balik ke rumahnya sendiri sebelum habis masa berkabung.

Dua tahun lalu, anaknya upah orang untuk bersihkan kawasan rumah itu dan tinggal di rumahnya. Tapi dia juga tidak tahan kerana dikatakan ada orang tua pegang parang selalu mengganggunya.

Sampai mereka bakar mercun untuk menghilangkan gangguan.
Masa tu terus saya teringat tentang kulit mercun yang bertabur dalam rumah ketika hari pertama memasuki rumah itu.

Orang kampung itu cerita lagi.
"Arwah tu ditanam tak jauh dari rumah. Di belakang rumah je. Cuma kamu tak perasan kerana semak. Anak dia sendiri pun tak peduli.”

“Di mana kamu simpan barang-barang milik tuan rumah?”
“Kami masuk dalam guni dan simpan di dapur. Kecuali tilam,bantal dan kelambu. Tu kami pinjam semantara.”
Terus dia terdiam.

"Sebenarnya tilam,bantal cma kelambu tu milk tu tuan rumah yang meninggal dunia tu. Dan di atas tilam tu la dia terlatar time dia sakit sampai dia meninggal"

Kami berpandangan. Tak fasal-fasal kami tidur dah empat hari di atas tilam tuan rumah yang meninggal dunia tu. Patutlah selalu diganggu bila malam menjelma. Malam tu, kami dengar ada orang menebas semak di luar. Kuat juga bunyinya. Kami semua buat tak tahu sajalah. Lepas 15 minit, bunyi tu pun beransur hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience