BAB 5

Horror & Thriller Completed 8382

Aku dah lama survey rumah sewa sejak dari Johor lagi. Harga rumah aku tak kisah sangat masa tu janji tempat tinggal aku dekat dengan tempat kerja aku serta pengangkutan awam. Entah ape lah nasib aku banyak-banyak rumah sewa di sekitar Damansara akhirnya aku hanya mendapat bilik sewa sahaja di Bandar Utama.

Bagi aku ok lah kan. Lagipun aku seorang je pun yang nak tinggal sana dan tak perlulah rumah yang besar pun.
Tiba di Kuala Lumpur, aku pun terus setuju dengan tuan rumah tu. Tuan rumah tu seorang perempuan berumur lingkungan 40an. Memang senang nak berurusan.

Jadi, lepas aku berurusan je aku pun pungah lah barang-barang aku bawak naik ke tingkat 2. Di situ de 5 bilik. Semuanya ada penyewa masing-masing.

Malam pertama tu aku kekok juga lah sebab untuk pertama kali aku tinggal sendirian dan berjauhan dengan keluarga. Sedih pun ade.

Bilik air kena share. Walaupun tak berapa suka, tapi aku taka da pilihan.

Seminggu tinggal situ semua ok je sampai lah satu malam ni. Aku dah terlampau penat sebab banyak kerja di tempat kerja. Lepas mandi aku pun baring lah kat tilam dan terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience