Rumah ini besar, ada 7 bilik kalau tidak silap saya, dapurnya besar ada kabinet atas bawah, keadaannya menyeramkan juga sebab terletak di hujung bahagian rumah yang besar dan panjang itu. Kadang-kadang bila saya balik dari kuliah jika tidak ada orang dalam rumah tersebut, saya duduk di dalam bilik je. Kalau kawan saya ada pun mungkin saya tidak tahu dan kalau ada pun betul ke dia `kawan' saya?
Saya tidak pernah terserempak dengan apa-apa lembaga tetapi ada beberapa tempat atau laluan memang membuatkan saya naik bulu roma. Kata ketua rumah itu, rumah itu telah dipagar oleh tok imam masjid tetapi `pagar' tersebut `runtuh'.
Saya tahu banyak cerita seram yang lain tetapi nampaknya seolah-olah dirahsiakan dari senior-senior seperti saya. Mereka tak bercakap mengenai perkara yang mereka rasa tak patut dicakap.
Rumah lama dan usang bertambah nampak tak terurus bila orang bujang duduk. Dinding simen yang ditampal dengan kayu varnisnya sudah pudar. Memang menakutkan sekali. Jarang saya ke ruang tamu walaupun siang hari sebab ruang yang luas itu agak suram keadaannya.
Jika saya tengok tv seorang diri saya rasakan ada orang duduk di belakang saya. Jika saya bersandar di dinding dan tengok tv, saya rasakan seperti ada orang duduk di hadapan saya.
Saya juga ada cerita yang agak mistik tetapi saya tak cerita pada kawan lain sebab apa yang mereka alami lebih menakutkan. Cerita terjadi semasa saya deman. Saya deman panas tetapi kipas bilik saya tak kuat tiupan anginya, saya nak tidur di ruang tamu tingkat atas. Saya takut nak tidur di ruang tamu bawah.
Apabila saya tidur saya dengar bunyi ada orang naik tangga. Saya dengar suara perempuan ketawa-ketawa. Saya rasa pelik sebab mana ada orang perempuan kat rumah ini. Saya nak bangun tetapi badan saya sangat lemah.
Saya hanya nampak kelibat tiga perempuan naik, dan saya dengar ada di antara mereka bertanya “Eh kenapa budak ni tidur di sini?" Saya dalam keadaan sangat lemah, saya nak buka mata tak terdaya tetapi saya tahu mereka bertiga tersebut lalu di sebelah saya dan masuk ke bilik.
Selepas itu saya tak sedar sehinggalah kawan saya kejutkan saya daripada tidur dan tanya saya ni deman ke?
Share this novel