BAB 7

Horror & Thriller Completed 8382

Kisah ini berlaku ketika saya menyewa di sebuah rumah banglow dua tingkat di atas bukit di Lembah Kelang. Ia adalah rumah sewa terakhir yang saya sewai semasa menuntut di Institusi pengajian tinggi yang berdekatan.

Saya masih ingat lagi pada tahun tersebut kehidupan saya amat tidak terurus kerana sibuk menyiapkan tesis tahun akhir. Saya memang suka menyewa di luar. Duduk asrama persekitarannya tidak sesuai bagi saya.

Sebelum masuk institusi pengajian tinggi saya tidak pernah tinggal di asrama seumur hidup. Tahun pertama di situ pelajar diutamakan duduk di asrama, inilah kali pertama dan terakhir saya duduk asrama dalam hidup saya. Selepas itu dari tahun kedua hingga tahun ke empat (sistem penggal 4 tahun) saya duduk menyewa di luar.

Memang pertama kali saya melangkah masuk ke rumah ini saya rasa semacam je. Rasa macam masuk sebuah muzium, suram dan sunyi. Saya juga tercium bau busuk, rupanya bau stoking dan kasut yang bersepah di luar dan dalam pintu masuk. Apabila masuk pintu besar kita di sambut oleh satu ruang yang besar. Namun ruang tersebut rupanya bukanlah ruang tamu, ia adalah sebuah ruang perantaraan ke ruang tamu yang lebih besar!. Kawan baik sayalah yang mengajak saya tinggal di rumah tersebut, katanya bilik dia kosong dan perlukan seorang penghuni lagi.

Kami duduk sebilik, senang nak berbincang atau mengumpat pasal pensyarah kami yang pelik-pelik perangainya.

Sebenarnya saya tidak nampak lembaga tersebut tetapi teman sebilik saya melihatnya. Mulanya saya tidak tahu apa-apa tetapi saya merasa hairan apabila menjelang malam selepas belajar apabila dia mahu tidur dia angkut bantal dan tilam tidur di ruang tamu.

Ruang tamu pertama menghala ke ruang tamu utama. Dia tak mahu tidur dalam bilik. Saya pelik kerana dulu dia selalu tidur di dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience