BAB 12

Horror & Thriller Completed 8382

Lebih kurang dua puluh tahun lebih yang lampau, abahku dan ibuku bercadang mahu berpindah ke satu kawasan kampung di utara semenanjung. Kawasan itu memang tak ramai penduduk.

Cari punya cari punya cari rumah yang ingin disewakan, mereka pun jumpa lah satu rumah kampung yang boleh lah tahan.

Tiba hari nak berpindah, abah, ibu, nenek serta kawan-kawan abah pun angkutlah segala perabot yang ada dari rumah lama ke rumah yang baru itu. Menurut mulut ibuku, kali pertama menjengah masuk ke rumah tersebut, ibuku berasa tidak sedap hati.

Nenekku juga turut berasa begitu. Seakan tidak diundang di situ. Abahku hanya berhati kering dan tetap mahu pindah masuk.

Katanya, "Biasala tu nak masuk rumah baru, memang la dok rasa pelik."

Dari pagi hinggalah ke tengahari, mereka sibuk menyusun perabot-perabot di dalam rumah sewa yang baru itu. Perasaan tidak sedap hati ibu serta nenekku kian lama kian hilang. Mungkin benar kata abahku sebentar tadi.

Sudah habis susun perabot, penat serta lelah pun tiba. Jadi mereka bersependapat alangkah baik jika mereka pergi makan di mana-mana kedai makan sekejap. Memandangkan itu kawasan kampung, maka mereka perlu keluar dari kawasan itu dan pergi ke pekan untuk makan.

Habis sahaja makan, mereka pun pulang.

Tiba sahaja di ruang tamu, mereka perasan akan sesuatu. Sesuatu yang agak mustahil kerana pintu rumah memang dikunci saat mereka keluar ke kedai makan tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience