Semasa mula menyewa saya tidak pernah naik ke tingkat atas rumah sebab tingkat atas bilik-biliknya adalah terdiri daripada kawan yang saya tidak berapa rapat. Malu nak bertandang. Nak dijadikan cerita pada suatu malam saya bermimpi saya naik ke atas rumah tersebut dan berjalan-jalan melihat keadaan di tingkat atas.
Keesokan harinya bila saya bangun pagi saya tak rasa apa-apa tetapi beberapa hari kemudian secara kebetulan saya naik ke tingkat atas rumah tersebut. Saya naik untuk mencari kawan saya.
Saya dapati, ruang di tigkat atas sama macam dalam mimpi saya! Saya jadi hairan... Adakah pada malam tersebut saya benar-benar naik ke atas rumah tersebut (saya berjalan dalam mimpi?). Keadaan yang pelik juga sering terjadi semasa saya mandi di bilik air.
Bila saya mandi sendirian di dalam bilik air, saya selalu terdengar nama saya dipanggil dari luar bilik air. Bila saya jenguk ke luar tak ada orang pun, mungkin perasaan saya sahaja.
Kejadian sebegini banyak kali berlaku tetapi saya tidak beritahu kepada kawan-kawan bimbang mereka cop saya ni penakut. Namun kemudiannya semasa kami mahu meninggalkan rumah tersebut, bila kawan-kawan bercerita rupanya bukan saya sahaja yang pernah dipanggil nama tetapi kawan saya yang lain pun pernah kena juga.
Saya kembali kepada apa yang kawan saya lihat dalam bilik saya tersebut. Kata kawan saya cahaya yang terang itu tiba-tiba menjadi merah dan membetuk dua mata!
“Ya allah aku takut sangat masa tu” kata kawan saya. Dia beritahu terus dia tarik kain selimut, berpeluh dan tak dapat tidur sampai ke pagi dalam selimut tersebut. Semenjak hari itulah dia tak mahu lagi tidur dalam bilik tersebut. Saya terpinga pinga dengar cerita tersebut, biar betul. Mana ada hantu...
Sejak hari itu saya dalam dilema, agak bimbang hendak tidur di dalam bilik tersebut. Kawan saya beritahu hantu tersebut tidak masuk ke bilik kami pada malam tersebut mungkin kerana ada hal lain.
Saya pula yakin hantu itu tidak masuk bilik kami bukan kerana kawan saya itu selalu baca ayat al-quran bila nak tidor. Sehingga ke hari ini saya tak tahu siapa yang benar.
Share this novel
knp tergantung