BAB 13

Horror & Thriller Completed 8382

Segala jenis perabot berada di dalam posisi yang berubah. Almari, kerusi, peti ais, dapur serta katil semuanya berubah kedudukan. Ibu serta nenek berasa seakan tidak diundang sekali lagi.

Abah berkeras. Abah masuk ke dalam rumah tersebut kerana memang perangai abah kering hatinya sebegitu. Ibu dan nenek tidak masuk.

Setelah lima minit, abah keluar. Dan berkata "Angkat balik lah perabot-perabot ni semua naik lori." dengan riak wajah yang serius.

Kelam-kabut abah, ibu, nenek serta dua tiga orang kawan-kawan abah yang masih di situ mengangkat kembali perabot masuk ke dalam lori.

Mereka kembali menyewa di rumah lama atau pun kuarters polis yang disediakan. Aku pun tak berapa ingat akan cerita ni.

Bila disoal akan ibu dan nenek, abah cuma menjawab "Aku nampak tapak-tapak kaki kecik dalam rumah tu. Merata ruang tamu tu ada tapak kaki. Tapak kaki saiz budak-budak. Mula-mula kita masuk tadi mana ada tapak kaki tu, lantai pun berdebu lagi. Yang aku pelik, tapak kaki tu tapak kaki belah kiri je, belah kanan tak ada."

Aku masa tu kecil lagi. Seingat aku, memang aku tak ingat akan kejadian ni. Bayangkan kalau aku ingat peristiwa ni? Sah-sahlah aku akan nampak 'budak kecik' yang pergi ubah perabot-perabot tu.

Lepas seminggu kejadian tu, barulah ada orang kawasan kampung tu buka cerita. Katanya, tuan rumah tu dulu membela jin. Jadinya rumah tu memang 'dihuni'.

Aku sekolah rendah dekat kawasan tu jugak. Aku dapat tahu cerita ni pun masa aku darjah berapa entah, aku pergi ikut kawan-kawan aku yang memang duduk kawasan kampung tu lepas tu aku jumpak la mak bapak kawan-kawan aku ni, mak bapak ni la yang cerita kat aku dulu.

Bila aku balik rumah masa tu, aku tanya abah dengan ibu, dan mereka menyokong kuat. Pernah jugak aku terlintas sebelah rumah kampung tu, memang, memang terasa seolah-olah tak diundang.

Siapa-siapa yang selalu perasan akan perabot dalam rumah berubah tempat tu, cuba check lantai tengok, mana lah tahu tetiba ada tapak-tapak kaki kecik, kalau takda kat lantai pun, cuba check kat siling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience