Maka pada suatu malam saya bertanya mengapa sekarang dia suka tidur di luar. Mulanya dia tak mahu beritahu kenapa, akhirnya barulah dia beritahu dia ternampak sesuatu dalam bilik tersebut. Dia beritahu saya pada suatu malam semasa dia sedang tidur.
Dia tidur di bahagian atas katil, saya tidur di bawah (saya tidur tingkat bawah sebab saya jenis gayat). Dia beritahu saya pada malam tersebut seperti biasa selepas dia membaca ayat-ayat suci al-quran, dia terlelap.
Saya pula tidur dengan walkman (dia pernah beritahu saya kalau nak tidur sepatutnya adalah lebih baik tidur dengan alunan ayat al-quran, bukannya alunan lagu pop lain).
Kawan saya beritahu tiba-tiba entah mengapa dia terjaga di tengah malam tersebut, sebaik sahaja terjaga dia rasa sejuk. Dia jengok kepala ke bawah dan lihat saya tidur dengan lena sambil selimut terselak paras dada.
Kemudian dia memandang ke arah tingkap bilik, dia nampak sesuatu! Maklumlah rumah sewa, tingkap bilik tak ditutup 24 jam, dibiarkan begitu sahaja kerana ada gril. Selepas dia bercerita, saya bertanya kenapa tak beritahu awal-awal kepada saya?.
Sampai hati biarkan saya tidur sorang dalam bilik tersebut sedangkan dia nampak sendiri lembaga itu.
Kawan saya beritahu pada mulanya dia nampak seperti cahaya berlegar-legar di luar tingkap. Saya tanya UFO ke? Saya buat-buat kelakar. Tapi kawan saya kata `Nak dengar cerita ni ke tak?' Terus saya buat-buat minat nak dengar... seperti pelajar yang tunggu exam tips daripada pensyarahnya.
Share this novel