BAB 14

Horror & Thriller Completed 8382

Masa tu baru habis sekolah dan belum ada kerja. Jadi aku pun la seorang kontraktor di kampung.

Satu hari dia dapat projek membaik pulih empangan untuk tali air dari sungai ke sawah padi. Tempat tu betul-betul terpencil.

Kami berlima ketika itu dan apabila sampai di tempat tu, kami terus cari rumah sewa. Ada ketua kampung tunjuk kmi satu rumah kosong. Rumah tu kira ok lah. Rumah buluh cara lama tapi sudah lama ditinggalkan.

Pemilik asalnya sudah berpindah ke tempat lain. Kira-kira setengah kilometer dari rumah itu ada hutan. Petang tu juga ketua kampung panggil pemiliknya dan mintakan kunci.

Apabila pemilik rumah datang, saya perasan sesuatu yang tak kena dengan rumah itu.
Tuan rumah nampak macam kelam kabut nak beredar. Bagi kunci pun menggeletar dan bercakap pun tergagap-gagap. Tak kisah bayaran sewa berapa sebulan. Balik-balik dia pandang langit mungkin bimbang hari nak hujan atau apa.

So, bila selesai semua, kami pun bawa barang-barang masuk dalam rumah. Bila masuk dlm tu rumah, saya mula rasa tak selesa. Lantai dia penuh dgn kulit-kulit mercun dan penuh habuk serta daun-daun kering. Kami pun bersihkanlah rumah.

Malam itu selepas makan malam, kami pun bentangkan tikar di ruang tamu. Kawan saya ni nampak ada deretan bantal, tilam di satu sudut rumah. Kami ambil dan pakai untuk tidur.

Tengah malam tu lebih kurang 1 pagi, saya terbangun. Saya dapat dengar dengan jelas ada bunyi org yg berjalan keliling rumah. Saya ingat lagi bunyi daun-daun kering macam nafas orang yang kepenatan betul-betul di luar dinding!

Jantung sya mula berdebar, badan saya bepeluh dan bulu roma saya berdiri. Dalam hati saya, apa ni? Binatang? Saya tak pernah takut sampai mcm tu. Dekat 3 jam baru bunyi itu beransur hilang.

Saya dengar macam dia berjalan pergi semak di belakang tu rumah. Esok pagi, saya tengok keliling rumah, Tak ada pula kesan jejak kaki org atau binatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience