Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Airil yang sebilik dengan aku kat rumah sewa ni nampak gaya tak rasa nak berhenti dari bercerita. Ada saja topik yang ingin diketengahkan pada pagi-pagi buta ni.
Yang aku pula dah macam digodam, layankan saja cerita si Airil. Sekejap dia cerita bola, sekejap dia cerita gadis. Kadang-kadang dia cerita dia lah yang paling rajin kalau ada kenduri kendara di kawasan rumahnya di Rawang.
Jangan harap aku nak percaya. Kat rumah sewa ni pun kalau dia guna pinggan, jangan harap dia nak basuh. Dia biar saja dalam sinki.
Bilik sebelah ada Syahrul dan Fahmi. Aku rasa mereka dah tidur. Bilik mereka selesa. Sejuk pun sejuk.
Kat ruang tamu ada Joe dan Daud. Mereka ni tak gemar nak tidur kat bilik sebab nak main dota.
Setelah letih bercerita, si Airil ni pun bangun untuk mengambil rokok dalam almari. Oleh kerana Airil saja yang bercerita dari tadi, suasana menjadi sunyi sepi bila Airil berhenti bercerita.
Tiba-tiba entah macam mana kami terdengar bunyi ada orang berlari-lari kat ruang tamu. Pakej sekali dengan ketawa kecil.
Share this novel