BAB 7

Romance Completed 7249

Kering airmatanya, sudah tidak lagi dia bermandi airmata. Esak tangisnya juga mengilang. Apa yang tinggal adalah rasa tidak percaya kerana nasibnya jadi begini. Sungguh dia tidak menyangka sosok lelaki alim ini yang sepatutnya menjadi tempat dia berpahut dan menunpang kasih selepas dia jadi yatim piatu tega melakukan sedemikian padanya.

“Pak Ngah kejam!,”jeritnya masih lagi keliru

Namun lelaki yang sedang menyarung jubah ke tubuhnya itu hanya memandangnya tanpa simpati hanya tersenyum puas.

“Kau duduk je diam-diam, dia akan jaga kau,”

Pandangannya dikalih pada lkelibat seorang lelaki yang baru muncul di depan pintu. Ya dia ingat lelaki itu jugalah yang menjamah rakus tubuhnya tanpa rela. Puas dia menjerit meminta belas simpati namun tidak diendahkan. Kehormatannya tercalar sebelum bapa saudaranya juga melakukan perbuatan keji itu padanya.

“Jadi dengan ini hutang aku dah selesai kan?”

Lelaki yang tidak diketahui namanya itu hanya angguk dan tersneyum puas. Bustam beredar bersama lelaki itu. Dia kurang mengerti dengan apa yang terjadi namun selepas puas dia cuba memahami dan mengingat semula bait-bait perbualan antara Bustam dengan lelaki itu, dia mulai faham bahawa dia adalah penebus hutang Bustam. Yang menyerahkan dia kepada bapa ayam dan dilacurkan.

Apa yang kudrat wanitanya boleh buat saat sudah terseksa dan kepercayaannya pada lelaki itu musnah hingga buat dia tersungkur menyembah bumi. Dia diseksa sekiranya melawan, disepan terajang dan dibelasah sesuka hati tanpa belas. Kesakitan demi kesakitan membuat hatinya mati.

Dia sudah lupa apa itu kesedihan dan kesakitan setiap kali tubuhnya disantap buas oleh lelaki buaya darat bertuhankan nafsu. Hanya satu wajah lelaki yang kekal di mindanya, Bustam!

Hari demi hari kesakitannya bertukar dengan dendam. Dan saat dirinya dibuang oleh bapa ayam bernama Thomas itu dia sudah nekad akan menuntut dendam kesumat pada lelaki yang memusnahkan hidupnya. Lelaki yang menunggang agama dan mengaburi kejahatan yang tersimpan dengan bermodalkan gelaran ahli masjid, surauu, serban atau kopiah yang tak pernah lekang dari kepala juga dari bibir yang tak pernah henti mengucap kalimat zikrullah. Manusia lain mungkin terpedaya pada lakonan itu tapi tidak bagi Sasha. Sasha mahu Bustam merana dek perbuatannya dan dia perlahan demi perlahan sudah melunasi dendam itu meski bukan secara total. Namun entah mengapa dia sepertinya tidak gembira, jiwanya tak tenang.

Dia hanya mampu terdiam mengenang semua episode duka yang lama disimpannya. Apa yang boleh dilakukannya adalah duduk termanggu merenung nasib. Sesekali matanya mencuri pandang sosok tubuh bapa meertuanya dan saat itu jugalah kesakitan menerpa dalam hatinya dan bila terpandang dan terkenang perbuatannya pada Yazid, hatinya gundah-gulana. Kepalanya sakit memikirkan segala benda yang terlalu berat untuuk dihadapinya.

Tidak mahu tertlalu memikirkan hal yang menyeksakan emosi dan mindanya dia bangkit, lama-lama difikir bagai tidak ada jalan penyelesaian ditemukan. Dia mahu jauh daari melihat wajah Bustam.

Namun, selang beberapa langkah kakinya dihayunkan, kepalanya mula pusing dan pandangannya kabur. Serta merta dia rebah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience