BAB 11 - EPILOG

Romance Completed 7249

“Ayah, kenapa tiap minggu kita datang ke sini?,”

Yazid hanya membalas dengan senyuman. Tangannya memegang erat tangan anak kecil. Lalu dipandang wajah yang masih gagal mengerti apa yang terjadi. Entah bagaimna cara untuk dia bercerita agar si kecil bisa memahami.

“Irfan sayang, semuanya kerana kawan-kawan abah... kawan-kawan adik, perlukan kita,”

Anaknya hanya diam

“Paling penting kerana Allah,”

“Bagaimana dengan mama?,”

“ALLAH sayangkan kita semua, termasuk mama,”

Anaknya masih berdiam dan dia hanya mampu tersenyum. Sedari anaknya itu berusia dua tahun dia tidak pernah berhenti membawa Irfan ke pusat in, melawat dan melihat sendiri bagaiman agoolongan ini meneruskan hidup. Biar anaknya dapat memahami bagaimana derita psakit HIV/AIDS ini. Dia mahu anaknya itu memahami kesan dan akibat penyakit ini. Dia tidak mahu akan ada lagi manusia yang bertindak kejam seperti Sasha meskipun perbuatan Sasha itu bukan 100% salah Sasha.

“Trauma, dendam dan depresi. Itulah yang mendorong tindakan isteri kamu berbuat sedemikian. Dendam dan kebencian yang bersarang memang sudah lama ditanam namun ia lebih menggila disaat isteri kamu tahu dia sudah dijangkiti penyakit ini. Membuatkan dia hilang pertimbangan apatah lagi segala yang terjadi bukan kerelaannya. Sepatutnya individu seperti ini memerlukan sokongan dan dalam kes isteri encik, ia sesuatu yang sukar untuk diperolehinya.” Jelas doktor yang merawat Sasha.

Disebabkan itulah Sasha tidak henti-henti menyalahkan diri sendiri sewaktu mengandungkan Irfan. Tanpa rasa jemu dia memberi sokongan moral buat Sasha hingga Sasha dekat pada Allah dan mulai menjadi orang yang lebih positif.

Degan kasih sayang dan penjagaan yang intensif buat isterinya, Sasha dapat hidup dengan bahagia dan tersenyum lebar apatah lagi disat mendapat tahu bahawa Irfan bebas dari dijangkiti penyakit itu.

Dan sejadk itu, Sasha menghabiskan sisa hidupnya dengan lebih bahagia. Tidak pernah seharipun Sasha gagal memohon kempunan daripada Yazid meski dia sudah lama memaafkan Sasha. Sasha meninggalkan dunia yang fana dalam tidurnya, sebelum menghembuskan nafas terakhir sempat dia menyatakan pada Yazid yang dia juga sudah memaafkan segala kesalahan Bustam pada dirinya.

Dan tinggallah dia seorang diri, berjuang untuk diri sendiri melawan virus yang turt tersebar di tubuhnya. Sesal? Sukar untuk menterjemahkan rasa yang ada pada dirinya apa yang pasti dia sudah menerima hakikat yang ini adalah perjalanan takdir yang sudah tertulis untuknya dan dia hanya menerima dengan redha kerana yakin tidak ada satupun ujian pada hamba yang diturunkan oleh Allah yang tak mungkin bisa ditanggung oleh hambanya..

Dia mengucup ubun-ubun anaknya itu berkali-kali, sekurang-kurangnya jika nyawanya dicabut dia masih boleh menarik nafas lega kerana zuriatnya dengan Sasha yang satu ini tidak dijangkiti virus pembunuh itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience