BAB 4

Romance Completed 7249

“Kau dengar taka pa yang aku cakap ni? Aku tak setuju kau kahwin dengan anak aku! Jadi aku haramkan kau datang dekat dengan anak aku!”

Sasha cuma tersenyum, lebar dan sinin bagai senagja dia mahu mengocak api kemarahan lelaki tua di hadapannya itu.

“Jangan saahkan saya, dah Anak pak ngah yang sukakan saya. Lagipun tak salahkan kalau saya jadi menantu Pak Ngah? Pak Ngah tak suka ke? Tak cukup baik ke? Apa kurangnya saya?”

Laju saja Bustam memberi pandangan tajam padaa Sasha. Menyirap darahnya memandang gadis itu.

“Ya memang aku tak suka! Kau ni memang tak layak langsung nak jadi bini pada satusatunya anak aku tu!”

“Sebab apa? Bagi saya jawapan yang logik?,”soal Sasha bersama satu renungan tajam. Tajam renungannya itu menantikan jawapan dari mulut Bustam.

“Kau tak payah tanya, akur asa kau pun tahu kenapa tak layak. Aku rasa eloklah kau berambus terus dari sini dan jangan kembali lagi. Kau pun dah pernah lari sebelum ini. Aman tenang hidup kami. Jangan kau muncul di depan

Sasha menghela nafas panjang lalu disandaarkan tubuhnya pada kayu di hadapan rumah..

“Maaflah ye Pak Ngah, bukan saya tak nak pergi tapi dah bang Yazid kata yang dia nak kami nikah hujung bulan ni, mahu tak mahu Pak Ngah kena setuju. Terima sajalah saya ini jadi menantu.”

“Jangan mimpi!”

Namun kata-kata Bustam itu hanya dibalas dengan ketawa kecil dari Sasha. Apa Bustam ingat senang untuk singkirkan diia? Ada sesuatu yang dituntutnya, takkan semudah itu dia mengalah.

“Hujung bulan ni, Pak Ngah, saya pun tengah bersiap-siap apa yang patut,”

“Tidak! Aku tak akan benarkan,”

“Boleh, saya tak ada masalah . Tapi Pak Ngah kena beritahu Yazid dan senaraikan alasan kenapa saya tak boleh kahwin dengan dia. Boleh?,”

Bustam mengetap bibir geram..

“Boleh kan?,”

“Dasar perempuan Syaitan!,”teriak Bustam sudah hilang sabar. Sasha ketawa berdekah-dekah.

“Eh, kenapa cakap macam tu? Apa Pak Ngah lupa ke siapa yang ajar saya jadi syaitan? Lupa?!,” teriak Sasha.

“Kau tak ada depan muka aku amab! Bertahun-tahun kau hilang kenapa baru sekaranag kau datang?,”

“Aku nak tuntut sesuatu yang bernaama dendam daripada kau! Jangan lupa ada benda yang belum selesai antara kita!,”bentak Sasha dan dibalas dengan pandangan tajam oleh Sasha.

“Apa-apa yang kau tak puas hati, kau hadap aku terus! Jangan babitkan anak aku! Dia tak berdosa!,”

Sasha memandang sepi.

“Apasal? Kenapa tak boleh? Apa ku lupa apa yang kau dah buat pad aku beberapa tahun lalu, Masa kau jerumuskan aku sekali dalam hal kau? Kenapa?! Aku nak tahu apa salah aku pada kau?,”

Bustam dia seribu bahasa.

“Jawab Pak Ngah? Kenapa?,”Tanya Sasha dengan nada suara yang direndahkan namun pandangan benci dan penuh sinis tak pernah surut dari wajahnya. Ya dia sudah nekad untuk tidak memaafkan lelaki ini sampai mati.

“Yazid tak bersalah,”akhirnya Bustam bersuara, kali ini lebih lembut nadanya.

“Jadi sila ingat yang aku pun tak pernah ada salah pada kau!,”

“Apa yang dah jadi semua sudah berlalu. Tolonglah lupakan semua itu, aku mohon maaf pada kau.”

HA HA HA HA!

Sasha tergelak besar. Apa? Lupakan? Mudahnya nilai maaf bagi lelaki ini. Apakah kesalahannya itu hanya boleh ditimbus dengan longgokan kata-kata maaf sahaja?

“Hey aku nak tanya pada kau ni, just in case otak kau lupa. Kau tahu apa kau dah buat pada aku. Aku sama sekali tak akan maafkan kau. Aku akan seksa kau, bukan pada tubuh kau tapi melalui satu-satunya anak kesayangan kau, Yazid!,”

“Jangan harap! Aku akan beritahu niat kau pada Yazid ,”

“Silakan, aku tak ada masalah. Pasal apa? aku juga akan ceritakan semua perbuatan kau pada Yazid ,” balas Sasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience