BAB 6

Romance Completed 7259

Di malam sepi, dia tersandar di kepala katil sambil memandang suasanan malam yang kelam hanya diteman bintang-bintang di langit. Entah kenapa dia merasaa jiwanya kosong. Ya memang dia haus untuk melihat kemusnahan Bustam, dan hari ini dia berjaya menuntut dendam yang sudah lama bersarang. Semua berjalan sesuai yang dirancang. Yazid kini sah bergelar suaminya.

Suka atau pun tidak Bustam terpaksa setuju merestui perkahwinan mereka selepas Yazid masuk ke dalam perangkap Sasha.

Mereka dinikahkan orang surau selepas mereka ditangkap sewaktu berdua-duaan di dalam rumahnya. Pernikahan itu berjaln sesuai apa yang dirancangnya bahkan Bustam yang merupakan orang surau pun sudah tidak mampu menghalangnya.

Wajah Bustam lesu dan termanggu saat mendengar lafaz akad sementara di hati Sashah pula berbunga girang.

Namun, kegembiraannya itu tidak lama, hatinya bagai berbolak-balik saat melihat Yazid membisu di atas tikar sembahyang pada dinihari begini, hatinya tidak segembira saat dia melihat wajah kekalahan bapa mertuanya.

Melihat akan Yazid bagai menjentik persoalan dalam dirinya sendiri, . Puaskah dia dengan apa yang telah dia lakukan? Dan dia mulai diselubungi rasa rasa bersalah. Rasa berdosa. Anda saja dia mampu memutarkan semula masa lalu dia sendiri tidak mahu hidup berkalung dendam. Gugur airmatanya saat mendengar Yazid mengaminkan doa. Sudah lama dia menahan diri dari menangis namun hari ini tumpah juga airmatanya.

Setelah bertahun-tahun Sasha hidup tanpa punya hati, namun hari ini hatinya tersentuh. Apakah caranya untuk dia memohon maaf dari Yazid. Dia sendiri pun tidak tahu.

“Sasha ?,”

Suara lembut penuh kasih sayang itu itu menyapa dirinya bersama sentuhan lembut di belakangnya. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia melihat pandangan dari mata kuyu Yazid. Sungguh sayu hatinya melihat lelaki ini menjadi mangsa dia melunasi dendam amarahnya.

“Tak dapat tidur? Kenapa menangis subuh-subuh hari ni?,”

Sasha diam. Lidahnya kelu hanya pandangan saja dibalas pada . Yazid tersenyum. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di birai katil sambil menarik tangan Sasha lembut . Mengajak isterinya duduk di sisinya.

“Ada apa-apa masalah, mari kongsi dengan abang?,”

Sasha tak berdaya berkata-kata hanya terdiam seribu bahasa. Bagaimana untuk dikongsi bila kesilapannya terlalu besar. Pengakuan penuh dengan rasa sesal tentu saja tidak mampu membantu dia mengubah segala apa yang terjadi

“Ada apa ni?,”

Sasha hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil dan dibalas dengan senyuman kecil juga oleh Yazid.

Yazid meramas perlahan jemari isteri kesayangan. Perlahan-lahan jemari itu dibawa ke bibir dan kucupan itu kemudian beredar ke tangan lalu tangannya juga merayap lembut ke bahu namun ditepi oleh Sasha sekaligus membuatkan Yazid tergamam hairan.

“Sasha penant dan nak tidur,”Dali Sasha seraya baring membelakangkn Yazid. Namun Yazid hanya diam dan mulai sedar akan sesuatu. Dia mulai perasan yang Sasha lebih selesa tidur dalam keadaan gelap.

Perlahan-lahan jari- jemarinya menyentuh belakang Sasha yang sedikit terdedah tanpa disedari Sasha. Saat jarinya menyentuh kulit mulus Sasha, laju saja Sasha bangkit mengelak namun ditahan oleh Yazid.

“Ssssshhhh jangan!”

Kejung tubuh Sasha. Dia mengelak dari Yazid memandang tubuh belakangnya yang penuh denga parut. Sekuat tenaganya dia cuba menghalang dari Yazid melihat namun gagal juga saat Yazud menelusuri setiap gariisan parut yang ‘menghiasi’ belakangnya. Terkesima Yazid melihatnya.

“Jadi inilah sebabnya Sasha suka padamkan lampu dan bergelap ketika kita bersama?,”

Sasha hanya diam.

“Apa berlaku Sasha, kenapa macam ni ? Ceritakan pada abang. Parut apa ni?,”

“Dah lama berlaku. Dah Lupakanlah. Jomlah tidur abang pun nak kerja esok.”

“Sasha ...,”

Namun Sasha hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil terus berbaring. Dia sejujurnya enggan bercerita apalagi untuk mengenang segala yang berlaku. Yazid akur dan seraya mengeluh perlahan. Dia tahu isterinya menyimpan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience