BAB 9

Romance Completed 7249

Yazid terksima masih keliru dan terkejut. Tubuhnyalesu dan dunianya bagai gelap gelita. Sungguh dia berharap ini semua mimp ngeri namun dia sedar dia bukan lena tapi sedang terjaga. Perlahan-lahan matanya dikalih pada Sasha. Bagaimana perasaannya? Jantungnya berdegup laju, dia tidak pasti masih mampu mendengar cerita demi cerita ngeri.

“Tapi mengapa?” tanyanya lemah pada Sasha yang memaksa wanita itu mendongakkan wajahnya. Seperti juga dia, Sasha kelihatan seakan mati kata-kata. Dia tidak merasa perkataan ampun dan maaf berani diungkap dari bibir yang merekah itu. Dan jika maaf diucap mampukah semua yang terjadi kembali seperti sediakala?

“Jawab! Kenapa Sasha?!” jerkah Yazid membuatkan Sasha tersentak.

Sasha tersentak.

“Abang ampunkan Sasha. Sasha mohon tariklah nyawa Sasha, hukumlah Sasha . Buatlah apa saja pada Sasha semahu dan sepuasnya hati abang. Sasha takkan sekali menegahkkan benang yang basah dan membetulkan kesalahan Sasha. Ya benar ini semua angakra dan salah Sasha. Semua yang berlaku ini bukan sahaja memusnahkan hidup Sasha bahkan hidup abang. Hidup kita!” jelas Sasha.

Berkali-kali Yazid menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya panas dan membahang bagai mahu keluar darah. Bibirnya terketaar-ketar cuba menyusun kata diantara rasional dalam sadar dan dalam masa yang sama menahan amarah. Bukan dia tak faham tentang gejolak derita Sasha namun sungguh dia sendiri tidak mampu menahan rasa ngeri dan seram yang membelenggu dirinya sendiri saat ini. Tergamaknya kau Sasha dan sekejap lagi kasihan kau Sasha. Dipejamkan mata, dikumpulkuan kekuatan namun hakikatnya tetap saja segala yang dibina hancur berkecai.

Masih tersimpan jelas bagaimana api kemarahannya pada Sasha berminggu yang lalu. Lama dia mengasingkan diri dari Sasha. Usai jenazah bapanya dikebumikan, dia sama sekali tidak pulang ke rumah pergi menjauh membawa hati yang lara. Fikirannya masih keliru dan berkecamuk. Dia cuba memikirkan mengapa mainan takdir untuk mereka sekejam ini namun akhirnya dia muncul bersama satu keputusan nekad.

Perlahan-lahan dia membuka pintu kereta serya melangkah keluar sambil memandang pintu yang tertutup rapat.

Perkara ini tidak bolehh dibiar melarat. Mahu atau tidak diaa harus berdpean dengan Sasha dan selesaikan segala kemelut ini.

Dikuaknya daun pintu. Sunyi dan Sepi. Langkahnya disusun perlahan menuju ke bilik cuba mencari kelibat isterinya dan dalam hening itu dia meligat sekujur tubuh Sasha longlai terbaring di atas lantai.

“Sasha ,”

Kepala Sasha bergerak perlahan dan cuba dikuatkan kudrat menatap wajah sang suami. Yazid cemas dan seraya cuba mengejutkan Sasha yang kelihatan sangat tidak bermaya itu.

“Kenapa ni Sasha?!”

“Sasha nak mati... nak mati...,”

Yazid menyentuh wajah Sasha yang pucat lesu itu.

“Pergilah bang. Tinggalkan Sasha, tinggalkan kami. Bayi ini juga tak patut wujud di muka bumi ini. Biarkan kami mati,” ujar Sasha separuh meracau.

Lalu dengan pantas tubuh Sasha digendong. Entah apa yang sudah Sasha lakukan pada dirinya namun dia menyelamatkan isterinya itu.

“Ayuh kitake hospital sekarang,”

Sasha menggelengkan kepala tanda enggan namun tenaganya sudah habis untuk melawan.

“Sha nak mati biarkan Sha mati, tolong bang biarkan Sha mati,” rintihan diiringi dengan linangan airmata itu meruntun hiba di hati Yazid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience