BAB 5

Romance Completed 7249

Bustam kelu dan seakan tidak mampu berbuat apa-apa. Dia dalam dilemma. Andai dia membantah dan protes seperti yang hatinya mahu takut kelak segala aib yang sedaya upaya disimpannya akan terbongkar, dia tak sanggup. Hatinya marah dan sakit. Sangkanya Sasha akan terus nyah dari hidupnya. Namun kemunculan gadis itu secara toba-tiba bersama amarah dan dendam yang dituntut benar-benar membuat dia bagai cacing kepanasan.

“Suka ataupun tidak dan samaada secara baik atau secara paksa, saya akan jadi menantu Pak Ngah. Okay? Jadi jangan nak membantah. Ikut sahaja,”arah Sasha sambil tersenyum lebar. Bustam hanya mampu menahan nafas. Meruap-ruap gejolak amarah di hatinya.

“Kau jangan nak push aku sangat sampai nanti aku kena berkasar dengan kau Sasha,” dalam nada suaranya melantunkan ugutan itu.

“Kau ingat dengan ugutan kau ni aku akan takut dan lari? Kau silap! Aku sudah lalui lebih dari ini, kau musnahkan hidup aku. Apa kau ingat ugutan kau ni akan buat aku gentar?”

Bustam merengus kuat lalu menghidupkan enjin motosikal meninggalkan perkarangan rumah Sasha. Sasha hanya tersenyum puas!

“Ya permainan ini baru sahaja bermula Bustam . Siap sedia untuk benda yang lagi dashyat. Aku akan musnahkan kau perlahan demi perlahan hingga kau tak mampu untuk bangkit dari menangis menyembah bumi,” ucapnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience