BAB 8

Romance Completed 7249

“Sial kau! Kau perangkap anak aku kan!! Tergama kau buat macam tu pada anak aku?”

Namun Sasha diam. Hanya duduk diam pada kerusi menadah saja kemarahan Bustam dengan aksi sepinya .

Ya, sungguh kalau diikutkan hatinya , inilah perancangan epic yang diatur dan dinantikannya selama ini. Momen di mana Bustam tewas namun melihat Yazid yang hanya diam membisu hatinya seraya dihimpit rasa bersalah..

“Kan Ayah dah larang kau dari kahwin dengan perempuan ni, ayah dah warning kau awal-awal tapi kau tak nak dengar cakap! ?!,”

Yazid mengangkat muka mahu menjawab dengan bapanya yang sedang menghambur kata-kata amarah.

“Kalau kau nak tahu Perempuan ni pelacur! Pelacur! Kau Tahu tak?!,”

Yazid terkejut. Sasha mengangkat muka. Melawan renungan Bustam padanya. Dia seraya bangkit dari tempat duduk.

“Hey orang tua, aku nak tanya kau! Siapa yang buat aku jadi pelacur? Siapa?!,”Sasha menjerit kuat. Mengganas api kemarahan yang sudah lama terpendam itu. Bustam terkesima namun Yazid memadang kebingungan.

“Abang Yazid nak tengok apa yang Sasha sembunyikan. Abang pastii tertanya-tanya kan?,”soalnya perlahan sambil memandang wajah Yazid . Tanpa sempat Yazid menjawabnya , Sasha terlebuh dahulu mengoyakkan bajunya membiarkan bahagian belakang tubuhnya tertedah. Hari ini dia enggan berselindung, dia biar Yazid saksikan semuanya.

“Kalau abang nak tahu inilah apa yang Sasha sembunyikan daripada abang. Kesengsaraan dan Kesakitan. Sebelum ini abang tanya ke mana Sasha menghilang. Apakata abang tanya pad Ayah abang. Dia ada jawapannya.”

Yazid berpaling ke arah bapanya yang hanya tertunduk diam

“Apa semua ni, ayah? Yazid tak faham,”

“Kau jangan percaya apa budak tu cakap Yazid,”

Namun Sasha hanya ketawa berdekah.

“Ya masa tu Abang senang-lenang menimba ilmu di universitySebab tu abang tak tahu apa-apa. Kalau abang nak tahu, ayah abang jual Sasha pada bapa ayam semata-mata untuk langsaikan hutangnya

Manusia yang hanya bertopengkan agama menutup perangai iblis. Dia perkosa Sasha kemudia dia humban Sasha ke neraka menjadi pelacur bertahun-tahun lamanya. Ini segala parut yang ada di tubuh adalah bukti penderitaan Sasha menjadi seorang pelacur tanpa rela, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri.”

Sungguh besar rahsia yang disembunyikan ini cukup buat Yazid tergamam.

“Inilah manusia yang menjadikan masjid dan Al-Quran rakan baiknya namun tega menjadikan anak saudara, darah daging sendiri pelacur. Sampai mati Sasha tak akan maafkan dia!”

“Dan abang ini cuma tempat untuk Sasha melunaskan dendam ke? ?,”

Sasha diam tidak membalas. Manakala Bustam pula sedari tadi meneka dada kesakitan lalu rebah. Sasha hanya melihat Yazid meluru ke arah bapanya sambil dirinya terduduk di atas kerusi. Sungguh dia menggalas rasa berdosa dengan apa yang terjadi apatah lagi saat ini dia hamil. Apa yang akan terjadi? Sungguh bukan ini pengakhiran yang dia rancang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience